KELEBIHAN SURAH AL KAHFI

58 10 2
                                    

"Kenapa surah Al-Kahfi?"

Kerana Allah telah menjanjikan barangsiapa yang mahu rezekinya melimpah ruah, bacalah surah Al-Waqiah.

Barangsiapa yang mahu terselamat dari azab kubur, bacalah surah Al-Mulk.

Barangsiapa yang mahu terselamat dari ftnahnya Dajjal, bacalah surah Al-Kahfi.

Apa manfaatnya kalau kita amalkan surah Al-Kahfi ni?

Yang pertama, kita terselamat dari fitnahnya Dajjal. Besar tau fitnahnya Dajjal ni nanti. Ada satu kisah yang menceritakan tentang seorang pemuda yang sangat berani. Pemuda tersebut pergi berhadapan dengan Dajjal. Namun, apa yang terjadi? Pemuda tersebut dibunuh dan dibelah dua oleh Dajjal. Kerana Dajjal ini bersifat sombong, Dajjal mencantumkan semula pemuda ini di depan semua orang. Dia mahu menunjukkan kehebatannya.

Rasulullah SAW pernah bersabda;
"Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api. Di mata manusia yang kelihatan api itu adalah air. Yang kelihatan air itu adalah api yang sedang membara."

Jadi, pilihlah api daripada pilih air ya. InshaAllah.

Yang kedua, kita mendapat pengampunan dosa di antara dua jumaat. Maksudnya? Kalau kita baca Al-Kahfi jumaat ni, InshaAllah kita akan dapat pengampunan dosa sehingga jumaat depan.

Yang ketiga, kita dipancarkan cahaya diantara kedudukan Kaabah dan juga dirinya. Luas cahaya tu.

Yang keempat, kita terhindar dari gangguan syaitan.

Jadi, amalkan lah surah Al- Kahfi ni ye. Amal sehinggalah akhir hayat kita.

Dalam surah Al-Kahfi ni juga terdapat satu kisah bertajuk 'Ashabul Kahfi' kalau korang nak tahu tentang kisah ni, korang boleh cari dekat youtube atau goggle. Saya akan cuba tulis disini nanti.

Kenapa 'Ashabul Kahfi'? Kerana disini ada satu doa dimana sesiapa yang mempunyai masalah seperti tidurnya tak nyenyak, susah nak tidur atau senang kata dia susah untuk tidur.

Korang boleh amalkan ayat yang ke sebelas dalam surah Al-Kahfi.

Macam mana ayat tu?

Macam ni...

Macam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Talk About IslamWhere stories live. Discover now