MAHRAM (II)

16 4 0
                                    

MAHRAM

Mahram adalah dimana terdapat para wanita-wanita yang tidak diperbolehkan atau bahkan haram untuk dinikahkan. Baik itu disebabkan oleh faktor keturunan, faktor persusuan maupun faktor perkawinan dalam ajaran islam. Kata mahram itu sendiri adalah (mahramun) yang artinya orang-orang yang merupakan lawan jenis kita

Dengan siapa kita boleh tunjukkan aurat?

1. Bapa sendiri (bapa kandung).

2. Bapa suami (bapa mertua).

3. Anak lelaki.

4. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.

5. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).

6. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara).

7. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara).

8. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).

9. Anak lelaki susuan.

10. Bapa susuan.

11. Saudara susuan.

12. Bapa saudara sususan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.

Dalil membuktikan wanita perlu menjaga batas aurat atau bukan mahramnya.

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ}

Maksudnya: “{Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada}.” [An-Nur: 31].

Ada dua qaul dari Mazhab Syafie

a) Qaul pertama: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan. Qaul ini adalah qaul yang paling soheh dalam Mazhab Syaf’ie.

b) Qaul kedua: Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan fitnah kepada wanita itu, maka ketika itu wajiblah menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Fitnah iaitu ( ”apa yang lahir pada dirinya yang mana dengan melihatnya boleh mendatangkan nafsu syahwat).

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 24, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Talk About IslamWhere stories live. Discover now