SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

27 8 5
                                    

•Saidina Uthman bin Affan merupakan khalifah ketiga selepas Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khatab dan disusuli oleh Saidina Ali.

•Saidina Uthman juga merupakan Khalifah yang paling panjang nyawanya. Ini kerana, ketiga-ketiga Khalifah di atas, wafat pada umur 63 tahun. Tetapi, Saidina Uthman wafat pada umur 82 tahun.

•Saidina Uthman memerintah kerajaan Islam selama 12 tahun.

•Saidina Uthman juga merupakan menantu kepada Nabi sebanyak dua kali.

•Saidina Uthman mendapat gelaran Al-Ghani yang bermaksud orang kaya yang lagi dermawan dimana Saidina Uthman suka membantu dalam meneruskan dakwah Nabi SAW.

Ada satu kisah dimana semasa Perang Tabuk, Saidina Uthman memberikan 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 Dinar kepada tentera Islam.

Seekor kuda bersamaan dengan RM5000 dan satu dinar bersamaan dengan RM600. Nak tahu betapa kayanya Saidina Uthman, korang hitunglah sendiri.

•Kekayaan Saidina Uthman digunakan dalam meneruskan perjalanan dakwah Nabi SAW.

Dalam kebaikan yang ditunjukkan oleh Saidina Uthman, terdapat juga pemberontak yang membenci Saidina Uthman.

Mereka telah memfitnah Saidina Uthman;

1) Saidina Uthman membakar mushaf Al Quran.

2) Ketika mana Saidina Uthman di kota Mekah, beliau tidak menunaikan Jamak dan Qasar.

3) Saidina Uthman hanya mengkhususkan sumber air kepada dirinya sahaja.

4) Saidina Uthman hanya memberikan jawatan kepada ahli keluarganya sahaja.

Semua ini bermula daripada pemberontak yang berasaldari kota Mesir.

Saidina Ali tidak berdiam diri. Beliau telah menjawab atas semua tuduhan itu.

Jawapan yang diberi oleh Saidina Ali sebagai jawapan atas tuduhan itu;

1) Al Quran yang dibakar oleh Saidina Uthman itu mengandungi kekeliruan dalam bacaan. Saidina Uthman tidak mahu umat Islam mengalami kekeliruan dalam cara bacaan nanti. Maka, dihapusnya al Quran itu.

2) Asalnya Saidina Uthman adalah dari Kota Madinah, ketika beliau ke kota Mekah, beliau mempunyai rumahnya tersendiri di Mekah. Maka, beliau tidak perlu menunaikan Jamak dan Qasar.

3) Air yang dikhususkan kepada Saidina Uthman itu adalah bukan untuk dirinya sendiri malah digunakan untuk haiwan-haiwan ternakan dan haiwan-haiwan itu akan disedekahkan kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan.

4) Ahli keluarga yang diangkat jawatan oleh Saidina Umar merupakan orang yang mempunyai kemahiran dan mempunyai potensi tersendiri dalam meneruskan dakwah Nabi SAW.

Namun, masih ramai yang memberontak dan membenci Saidina Uthman sehinggalah satu malam, rumah Saidina Uthman dikepung oleh pemberontak dan disitulah Saidina Uthman mati dibunuh.

P/s: Jika ada kesalahan dalam menerangkan isi mohon tegur. Terima kasih.

Talk About IslamWhere stories live. Discover now