Rasanya ramai dah tahu apa itu 3 Qul. Kan?
3 Qul adalah 3 surah terakhir dalam Al Quran, iaitu;
•Surah Al Ikhlas
•Surah Al Falaq
•Surah An NaasApa kelebihan yang ada dalam ketiga-tiga surah ni?
Mari kita susulinya bersama...
Surah ni kita perlu amalkan dengan membacanya sebanyak 3 kali sebelum tidur yang disertakan ayat Qursi kerana amalan ini mampu,
*Menolak segala bentuk gangguan jin.
*Menolak segala bentuk gangguan syaitan.
*Menghindarkan diri dari terkena sihir.
*Menghindarkan diri dari terkena penyakit was-was.
*Menghindarkan diri dari terkena sebarang bentuk kejahatan manusia.
*Menghindarkan diri dari perkara-perkara buruk.Dalam amalan rawatan Islam juga sering dibaca akan surah 3 Qul ini disusuli dengan bacaan Suratul Qursi dan Ayat Seribu Dinar kerana amalan ini mampu menghindarkan diri kita dari terkena gangguan syaitan. Selain itu, ia juga mampu membersihkan hati dan dapat memudahkan segala urusan seharian kita.
Cara-cara untuk kita mudah lakukannya ialah,
1) Ketika kita berada di tempat tidur iaitu dalam keadaan duduk sambil menadah kedua tangan, bacalah surah 3 Qul dimulai dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan diakhiri dengan An-Naas sehingga habis.
2) Selepas membaca ketiga-ketiga surah tersebut, hendaklah dihembus pada tapak tangan dan sapu pada muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang perbuatan ini sebanyak 3 kali berturut-turut.
Hal ini merupakan sunnah Nabi dimana diriwayatkan daripada 'Aisyah RA, katanya;
“Nabi Muhamad SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua tapak tangannya lalu ditiup dan dibaca surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq dan Surah An Naas. Kemudian Nabi SAW mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada seluruh anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan, tangan sehingga kaki. Baginda melakukannya sebanyak 3 kali.” -HR BUKHARI.
Surah 3 Qul bersertakan maksudnya.
Maksud:
Katakanlah; Dia Allah. Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun setara denganNya.
Maksud:
Katakanlah; Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh. Daripada kejahatan MakhlukNya. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus bahul-bahul, dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.
Maksud:
Katakanlah; Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.Lakukan sekadar kemampuan anda secara berterusan. In Sha Allah semoga kita dan keluarga kita sentiasa dilindungi. Amiin...
YOU ARE READING
Talk About Islam
Acak•Quotes •Teguran •Hadis •Potongan ayat Al-Quran. "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."