Wahai insan yang bergelar wanita,
Jangan sesekali kamu kudah mempercayai setiap bait-bait kata yang dilontar oleh sang ajnabi. Tolonglah jangan mudah percaya kerana kejujuran itu bukan pada manisnya kata-kata, namun kejujuran itu datang daripada hati dan perbuatan.
Kalau betullah dia ingin membuatmu sebagai pasangannya yang halal, maka dia tidak akan mengotori cinta dengan kejahatan maksiat.
Kalau betullah dia ingin menikahimu, dia tidak akan menyentuhmu selagimana kamu belum halal bersamanya.
Ingatlah semua itu hanyalah kerana nafsu semata-mata. Boleh jadi hari ini dia terlalu sayang sehingga membuatmu terlalu mudah cair hanya kerana kata-kata, manalah tahu esok lusa dia pergi tinggalkan kamu begitu sahaja.
Ingat!
Jaga diri!
Jaga maruah!
Jaga agama!
Jaga hati!
Jaga nafsu!
Sesungguhnya wanita itu adalah perhiasan agama yang sangat tercantik dan termulia.
Jangan takut dihina kerana tidak dimiliki, tetapi bangga kerana ada cinta sejati yang menanti.
![](https://img.wattpad.com/cover/262611814-288-k624069.jpg)
YOU ARE READING
Talk About Islam
Random•Quotes •Teguran •Hadis •Potongan ayat Al-Quran. "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."