Rasulullah SAW bersabda,
“Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang HARAM baginya tersentuh api neraka?”
Maka para sahabat pun menjawab,
“Mahu, ya Rasulullah!”
Baginda pun menjawab,
“Orang yang HARAM baginya tersentuh api neraka ada orang yang Hayyin, Layyin, Qarib dan Sahl.”
[Hadis Riwayat At Tharmizi dan Ibnu Abbas]
Apa itu Hayyin, Layyin, Qarib dan Sahl?
1) Hayyin.
•Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan zahir maupun batin.
•Tidak mudah marah.
•Tidak mudah memaki dan melaknat.
2)Layyin.
•Orang yang lembut dan santun dalan bertutur kata.
•Tidak memarahi orang lain yang tidak bersependapat dengannya.
•Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia.
3)Qarib.
•Akrab.
•Ramah.
•Murah dengan senyuman.
4) Sahl
•Orang yang tidak suka membelit-belitkan sesuatu masalah.
•Tidak menyusahkan
•Tidak membuat orang lain bertindak menghindari diri sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Talk About Islam
Random•Quotes •Teguran •Hadis •Potongan ayat Al-Quran. "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."
