(update soon)
════Setelah pasti keadaannya baik, Changmin meminta izin untuk naik ke kelas. Sebenarnya, dia malas nak masuk kelas tapi bila difikirkan balik, kesian Eunjoon buat kerja seorang diri.
Sampai sahaja di kelas, Juyeon, Kevin dan Chanhee berlari ke arahnya.
"Weh kau okay tak ni?!"
"Kepala kau pening-pening tak?!"
"Perut mual tak?"
"Kau ingat Changmin pregnant ke bodoh?!"
"Kau lah bodoh! Kau ingat mual ni orang pregnant je ke?"
Changmin memejamkan matanya sekejap sebelum menolak rakan-rakannya ketepi.
"Aku okaylah." balas Changmin. Rakan-rakannya menarik nafas lega. Dia melihat sekilas ke arah Eunjoon yang sedang tekun mencari bahan untuk pembentangan minggu hadapan.
Terdetik rasa ingin menolong tetapi keadaannya membuatkan dia takut untuk menolong.
Changmin, kesianlah dia kalau kau tak tolong. Takpe, tahan eh. bisik Changmin dalam hatinya.
Dia dengan berhati-hati pergi ke arah Eunjoon dan mengambil tempat di hadapannya.
"Em, hye?" tegur Changmin. Dadanya sudah terasa ingin meletup namun dia cuba untuk bertahan.
Eunjoon mengangkat muka. Dia tersenyum manis setelah melihat Changmin. Buat pertama kalinya, Ji Changmin menegur Choi Eunjoon.
"Kau okey?" soal Eunjoon. Changmin mengangguk tanda mengiyakan. Eunjoon menghulurkan kertas yang sudah siap bertulis dengan maklumat-maklumat penting kepada Changmin.
"Ni aku dah siapkan. Tugas kau senang je. Buat slide untuk pembentangan. Aku tak nak lah susahkan kau. Kau kan baru je nak sihat." kata Eunjoon. l
Changmin tersenyum. Sungguh, dia tersentuh dengan keprihatinan Eunjoon.
"Okay. Thank you tau and sorry susahkan kau." ujar Changmin. Eunjoon hanya mengangguk dan membuat isyarat 'ok'.
Changmin kembali ke tempt duduknya. Dia memegang dada yang berdegup dari tadi. Dia menstabilkan pernafasannya.
Chanhee yang sedari tadi memerhatikan adegan antara Eunjoon dan Changmin hanya mendiamkan diri. Jujur, dia cemburu.
—————
double update!
is that okay?
YOU ARE READING
𝓨𝐎𝐔 : 𝗤 / 𝗖𝗵𝗮𝗻𝗴𝗺𝗶𝗻
Short Story═ Changmin Short Story 🗝 When budak lelaki yang banyak mulut tiba-tiba diam tak berkutik bila nampak kau be like.. (tbz fanfiction series) ©️ AVCKIDS Start ; 11 Dec 2020 End ;