Televisyen yang terpapar didepanku hanya sekadar hiasan sedangkan otakku menerawang memikir dia.
Ya, budak perempuan tu. Apa aku nak buat dengan dia?. Aku takde masa nak buat pusat penjagaan orang awam kat sini. Habis terbongkar rahsia aku nanti
Namun lamunan ku tersentak
Apabila mendengar derapan kaki berlari
Berselang dengan tombol pintu yang direntap rentap.Pada mulanya aku biar malas melayan. Kau pikir aku taska nak layan perangai budak?
Lara menjerit dan meraung meminta pintu bilik dibuka. Pekikan lara tanpa henti membuatkan tahap kesabaran aliff menipis.
Duh! Aku baru nak rilekkan kepala otak dia buat hal lagi keluhku seorang diri.
Ah! Sial! perempuan ni pantas aku bangkit pintu bilik yang ku kunci ku buka
Lantas aku menarik rambutnya hingga mendongak.
"Kau! Memang tak boleh diam satu saat ke?!"
Seluruh badan lara menggeletar apabila aliff berbuat begitu. Airmatanya bergenang tidak semena.
Aliff memandang tepat mata lara pada mulanya penuh kemarahan namun pabila melihat airmata lara jatuh kepipi.
Aliff tersedar daripada amarahnya. Aliff menolak lara kuat sehingga tersungkur.
Tangan aliff meramas rambutnya sendiri. Serabut!
Lama aliff cuba tenangkan diri. Lara yang tersungkur terus memeluk lututnya ketakutan.
Lara terlalu takut. Lara takut salah masuk tempat bak kata pepatah keluar kadang rimau masuk kandang buaya.
Lama aliff tenung lara tajam. Akhirnya otaknya membuat keputusan lantas aliff masuk kedalam bilik memakai pakaiannya.
Menarik lara keluar rumah berarak masuk kedalam kereta.
Lara masih menangis teresak esak badanya keras. Perilaku aliff membuat lara ketakutan.
Aliff menghidupkan enjin keretanya dan bergerak menghantar lara ke rumah kebajikan.
Lara menoleh kekiri kekanan ketakutan Aliff ingin membawanya kemana tanpa semena lara menggengam lengan aliff
" N..nak gi mana" suara lara bertanya dengan esakan
Aliff masih berdiam dan memecut laju keretanya.
*********
RUMAH KEBAJIKAN SARI
Lara memandang tempat yang aliff berhenti. No! No! No!
Jerit lara.
Pantas tangan aliff menggenggam dagu lara memusing kasar kepala lara memandang aliff.
"Kau suka atau tak...aku tak kisah. Rumah aku bukan pusat jagaan budak."
"Okay2 stop! Saya sumpah saya dengar semua cakap awak..tapi tolong jangan hantar saya kat sini tolong.."
"Heh elok pulak cakapnya..kau memangkan..tapi" aliff mendekatkan bibirnya ke telinga lara.
"Kau pasti aku baik?..kau tak tahu ke aku ni penjual organ manusia" Aliff tersenyum sinis sambil memandang lara
Mata lara membuntang luas memandang tatapan Aliff.
Otak warasnya mula berbelah bagi. Melihat tatapan aliff sepertinya dia tidak menipu.
Tapi kalau dia betul penjual organ dia takkan cakap dan dia akan terus bunuh aku untuk organ bisik otak lara.
Lama lara berdiam dan akhirnya lara membalas dengan jawapan yang membuat aliff terkedu seribu.
"Saya lebih rela mati ditangan awak daripada hidup dekat sini tanpa mengetahui jalan cerita saya seterusnya."
Senyuman jahat yang terukir dibibir aliff menghilang apabila mendengar jawapan yang keluar daripada lara. Aliff menyangka dia akan berlari turun namun sebaliknya.
"Apa maksud kau?"
"Maksud saya kalau saya duduk sini saya tak tahu apa akan jadi pada saya di masa hadapan. Berakhir bahagia? Atau masih sama menanggung derita yang mungkin lebih teruk."
"Jadi kau yakin kau bahagia dengan aku?" Soal aliff bingung
"Tak..saya pilih dengan awak sebab saya tahu awak akan bunuh saya dan terus jual organ saya..jadi saya dah tahu jalan ceritanya dan saya boleh siapkan diri saya. Tapi kalau kat sini mungkin saya bahagia tapi manusia dekat dunia bertopeng.yang baik tak semestinya baik."balas lara
Aliff terdiam kata kata lara itu benar. Namun aliff menyangkal dibibirnya.
" Mengarut. Jadi kau lagi percaya aku yang akan bunuh kau daripada tempat yang akan lindungi kau ni?"dengan sinisnya.
"Lindung? Heh tak semua yang kita nampak kita boleh percaya" lara memandang mata aliff.
Mata mereka bertemu lama.
"Apa,kau pandang apa?" Soal aliff
Lara tak bersuara hanya memandang aliff lama.
Aliff mendengus.sambil menghentak stereng keretanya
"Sial lah perempuan ni" langsung memandu keretanya pergi.
Aliff memandu dalam keadaan sangat marah.
Aliff berhenti di hutan yang jauh 10 km daripada rumahnya.
"Turun.." halau aliff
"Tapi..."
"Berambus!"
Aliff keluar daripada perut kereta dan menarik lara keluar dengan kasar sehingga lara jatuh mencium tanah.
"Kalau kau betul nak duduk dengan aku..kau jalan kaki daripada sini. Harap kau jumpa rumah aku. Hahaha" ketawa si Aliff puas.
Lalu meninggalkan lara sendirian disitu.
YOU ARE READING
BEAST IN ME (Slow Update Until You Thoughts I Die)
Mystery / ThrillerKesinambungan cerita my torture iaitu generasi pertama helmi dan najia. Aliff seorang graduan lepasan kedoktoran. Berspek mata namun terselah kekacakannya,kebijaksanaannya dan sifat yang sangat peramah. Namun tiada siapa yang tahu dibalik kebaikkan...