CHAPTER 9

760 12 0
                                    

Lara menggigil ketakutan. Apa yang dilihat ini adalah suatu benda yang luar daripada kotaknya.

Darah bertaburan dan terlihat pergelutan antara aliff dan seseorang yang tidak dia ketahui.

POV ALIFF

Pada mulanya aliff melakukan perkara yang selalu dilakukan. Namun tanpa aliff sedari lelaki yang dia baru letak di meja bedah terjaga.

Lelaki itu mengambil satu pisau bedah dan dipegang bila aliff mendekati. dengan sekuat tenaga lelaki itu cuba menikam aliff sasaran lelaki itu tak mengena namun Aliff masih terkena torehan pisau bedah di perutnya.

Shit!. Amarah aliff semakin membara.
Dengan tenaga yang masih ada aliff melawan kembali lelaki tersebut.

Tangan kiri aliff menggenggam pergelangan tangan lelaki itu sehingga pisau bedah yang dipeganggnya terjatuh. Manakala tangan kanan aliff mencekik leher lelaki tersebut sekuat hati sehingga lelaki tersebut kekurangan nafas dan jatuh.

Srekk!.pintu terbuka terpapang wajah lara ketakutan.

"Woi! Jangan terjegat kat situ boleh ambil penyuntik yang kat sana tu cepat!"

Kaki lara masih terkaku. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Apakah pilihan lara mengikuti suruhan aliff itu benar atau dia akan mengorbankan orang yang tak bersalah?.

"Alah2 yang kau terjegat macam patung
tu kenapa cepat boleh tak kang mati pulak dia ni"

Lantas lara teringat kata kata aurora dan memutuskan pilihannya.

"Nah" lara menghulurkan jarum penyuntik yang berisi ubat tidur kepada aliff.

Dengan pantas aliff menyuntik lelaki tersebut dan melepaskan itu.

Aliff tersandar kepenatan sambil memandang lara lesu.

"Aku penat nak explain...bagi aku rehat jap." Aliff bersuara lelah.

Lara mengangguk.mata lara beralih pada luka aliff.

"Awak ada luka"

Aliff mengangguk.

"Apa saya kene buat?" Soal lara cemas dan binggung

Aliff tersenyum lelah.

"Kau duduk je situ..luka sikit je ni"

Keadaan menjadi senyap seketika.

Aliff bangkit dan mengangkat lelaki tersebut kembali ke katil bedah. Kali ini digari kedua tangan lelaki itu dengan lebih ketat.

Kemudian aliff membersihkan lukanya.

Lara memerhati setiap perilaku aliff dengan berharap akan ada jawapan daripada mulut aliff.

Aliff memandang lara dan tersenyum hambar.

"Aku tahu otak kau tengah blank sekarang ni..tapi
Takyah ah buat muka macam tu..lawak bodo"

Lara bingung.

" Ya ya kau nak jawapan kan..lelaki tu siapa kan?"

"Dia orang jahat..sama macam aku."

"Jahat?"

"Yup dia jual organ manusia tak bersalah untuk kepentingan dan ketamakan dia..dan aku hanya orang yang balas balik perbuatan dia."

Lara menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mempamerkan riak wajah bingung.

"Aku tahu kau masih tak faham..tapi nanti ah aku cerita..sekarang aku kena habiskan dulu kerja aku."

Aliff berlalu pergi membersihkan kesan darah yang tersisa dan mengganti pakaian sebelum menyambung langkah seterusnya.

Sambil itu mata aliff melirik ke bacaan heartbeat lelaki tersebut. Untuk memastikan denyutan nadi dan oksigen lelaki tersebut dalam keadaan normal.

BEAST IN ME (Slow Update Until You Thoughts I Die)Where stories live. Discover now