Lara terjaga dan melihat aliff sudah bersiap siap.
Lara melihat jam dinding yang menunujukkan jam 6. 30 pagi.
"Dah nak gerak ke?"soal lara
"Yep..siaplah.." jawab aliff
"Asal tak kejut awal aku nak siap² lagi."
"Alah kau siap apa je bukan kau kene make up pun." Jawab aliff sedikit marah.
Muka lara terlihat marah sambil matanya merenung tajam aliff.
Aliff mulai kesal bersikap tegang dengan lara. Diketap giginya menahan diri. Aliff memandang lara dan cuba mengawal riak wajahnya tenang.
"Tak yahlah make up make up.. kau dah lawa." Jawab aliff sambil tersenyum
Aliff mendekatkan wajahnya pada lara dan menurunkan wajah betul betul dihadapan wajah lara.
Di tenung lama mata lara dengan senyuman yang penuh makna.
Diteliti setiap inchi wajah lara.Suara aliff bertukar sensual
Jari jari aliff menyentuh kening lara.
"Kening kau terbentuk dan tebal"
Di alihkan jarinya ke mata lara"Mata kau warna biru biru grey. Bulu mata kau tebal melentik"
Dialihkan lagi jarinya ke hidung dan bibir lara
"Hidung kau mancung bibir kau.." jari aliff berhenti di bibir lara
"Bibir kau..sedap" aliff mendekatkan bibirnya ke bibir lara. Belum sempat bibir lara bertemu dengan bibir aliff.
"Tapi..bau air liur basi." Aliff tertawa
Pipi lara bertukar merah. Lara berpaling dan berlari masuk bilik air. Kedengaran suara lara menjerit.
"Macamlah kau bangun tidur air liur basi kau bau wangi!" Jerit lara.
Aliff tertawa " aku tak cakap pun bau busuk" aliff membalas cuma suaranya di perlahankan supaya tidak didengari lara.
"Eh lagi satu bukan tak nak eh..cuma takde barang nak make up" jerit lara.
"Aku kata kau dah cantek kau nak tunjuk kat siapa kalau kau make up.kau nak aku bunuh laki laki yang pandang kau ke?" Jerit aliff.
Lara membuka pintu bilik mandi badan lara ditutupi tuala. Separuh badan lara keluar di balik pintu.
"Jadi kau obsessed dengan akulah ni?" Lara memandang aliff dengan senyuman manis.
Aliff memandang lara atas bawah. Melihat lara hanya bertuala membangkitkan nafsunya.
Aliff menggigit bibir bawahnya menahan rasa. Rasa geram dan nafsu yang bergelora membuatkan aliff terdiam.
Aliff berjalan laju ke arah lara dan cekik leher lara."kau nak siap ke nak tinggal?" Ugut aliff
Lara memandang mata aliff lama. Agak menakutkan perilaku aliff.
Dada aliff berombak nafasnya tidak sekata.
Hati lara ketakutan bercampur rasa cinta
Dan perilaku aliff membuatkan diri lara rasa lagi ingin mencintai aliff.Tangan lara melingkar ditengkuk aliff dan mendekatkan bibirnya ke bibir aliff.
Aliff membalas rakus tangan aliff yang mencengkam leher lara beralih ke pinggang lara. Menikmati rasa.
Untuk seketika mereka menikmati rasa aliff meleraikan ciuman. Jari jari aliff mula mula mencengkam erat pinggang lara.
" siap cepat.." jawab aliff dan meninggalkan bilik.
YOU ARE READING
BEAST IN ME (Slow Update Until You Thoughts I Die)
Mystery / ThrillerKesinambungan cerita my torture iaitu generasi pertama helmi dan najia. Aliff seorang graduan lepasan kedoktoran. Berspek mata namun terselah kekacakannya,kebijaksanaannya dan sifat yang sangat peramah. Namun tiada siapa yang tahu dibalik kebaikkan...