Dari penglihatan mata kasar, semuanya telah tiada. Diri bersendirian.
Namun ternyata, ada yang masih 'tertinggal' di lorong-lorong kegelapan.
Tiada siapa yang tahu dan sedar akan ia. Perigi akal manusia sahaja gersang gara-gara asyik menggali logiknya.
SELEPAS dua tahun peristiwa kelam itu berlaku, kini Darwisy secara rasminya menjadi anak angkat dalam keluarga Pak Talip.
Pak Talip memiliki sebuah bengkel motosikal yang diusahakan secara turun-temurun. Hasil menampi pengalaman serta mengasah kemahirannya di Juvana sebelum ini, Darwisy boleh hidup berdikari sambil mencari rezeki.
"Khai, Bakri, mari sini. Kita makan tengah hari sama-sama." Darwisy mengajak kedua teman sekerjanya itu untuk mengisi perut.
Bakri dan Khai merupakan bekas pelajar Juvana juga seperti Darwisy. Tetapi ada satu tragedi berdarah yang masih berbekas dalam kantung memori.
"Eh? Kenapa tak makan nasi tu, Bakri? Lauknya tak sedap, ya?" soal Khai yang sedar akan salah seorang temannya itu termenung di hadapan rezeki.
Si empunya nama tersentak. Senyum tipis dia ukirkan.
"Ha? Eh, bukan macam tu. Lauk ni sedap cuma..."
Darwisy dan Khai berpandangan sesama mereka beberapa ketika sebelum Darwisy bersuara.
"Hmm. Jangan kata kau masih teringat pasal kejadian tu. Betul, kan?"
Tebakan Darwisy tepat disebabkan Bakri perlahan-lahan mengangguk.
Mereka berdua mengerti.
DUA TAHUN SEBELUMNYA
PENGHUNI asrama Umar Al-Khattab riuh-rendah disebabkan mereka terlihat objek aneh yang misteri di luar pagar berdekatan tempat itu.
"Benda apa tu, wei? Peliklah aku tengok."
"Janganlah tegur. Biarkan saja. Mungkin benda tu cuma sampah."
"Entah-entah, ada orang buang bayi tak?"
"Hoi, mulut kau! Agak-agaklah. Tempat kita ni terpelosok jauh dari mana-mana penempatan."
"Manalah tahu ada yang buat 'projek' dekat sekitar sini."
Timbul pelbagai spekulasi dan andaian berkaitan benda alah yang berbentuk segi empat berkenaan.
Sebelum masuk waktu maghrib, seorang pelajar lelaki bernama Zafril telah melaporkan hal itu kepada penjaga mereka.
"Warden Mad, ada sesuatu yang pelik diletakkan di luar pagar kita ni."
"Ha, sesuatu yang pelik? Di mana kamu nampak?"
"Di luar pagar dekat asrama kami, warden."
"Zafril, kamu jangan nak kelentong saya supaya saya terleka lagi-"
"Eh. Tak, warden. Kali ni, warden kena percayakan saya. Saya tak bohong. Kami semua berasa pelik dengan benda tu. Entah-entah, ada orang yang buang bayi dia dekat sini."
"Ah, mengarutlah kamu semua. Dah, bawa saya pergi ke tempat tu dan tunjukkan apa yang kamu dan kawan-kawan kamu nampak."
"Baik, Warden Mad. Mari lekas."
"Awas! Jangan sampai kamu tipu saya lagi. Memang saya akan hukum sebat kamu 50 kali."
"Ya. Kalau saya tipu, warden sebatlah saya macam selalunya. Dah biasa dah."
YOU ARE READING
Shh...✔️
HorrorMisteri+Seram Mahligai Seri Pelangi adalah sebuah tempat yang menggilis nasib dan juga impian para anak yatim piatu berkenaan. Sisi gelap pun muncul sebaik sahaja diri mereka ditempatkan di sana. Ia sekaligus menyebabkan mangsa-mangsa keadaan itu me...