Sepuluh

18 6 8
                                    

Hidup di dunia ini, cinta selalu bersalutkan pengorbanan walaupun akhirnya, bukan dirinya yang meraih kebahagiaan.

Kerana sayang, diri terbuang,
terbuang jauh dari jurang,
jurang dipenuhi kesumat berang.
berang ditolak cinta dan sayang.

SEGALA alatan untuk membaiki motosikal dia kemaskan kembali ke dalam tool box apabila muncul seseorang yang teramat dia kenali.

Dia cuba untuk mengelak untuk tidak bersua muka.

"Assalamualaikum," sapa Kopral Annuar dari kejauhan. Dia datang bersama dengan seorang lelaki.

"Wa'alaikumsalam. Eh, Abang Annuar, Abang Khairil. Dari mana?"

Darwisy menyahut sambil bersalaman dengan kedua lelaki tersebut. Bakri juga sama.

"Kita orang ada kerja sikit dekat sekitar sini, tu sebab singgah sekejap."

Darwisy dan Bakri mengangguk tanda mengerti tatkala Kopral Annuar menjelaskan.

"Mana Khairul?" soal Inspektor Khairil pula.

"Err... dia ada dekat dalam. Masuklah, bang. Tak apa. Kami faham," Balas Darwisy sopan. Manakala Bakri hanya tersenyum manis. Faham akan suasana.

Sebaik Inspektor Khairil masuk ke sebuah ruangan kecil, tinggallah mereka bertiga di luar bengkel. Berborak sambil bertukar-tukar cerita.

"KHAIRUL HAKIMI, sampai bila lagi kau nak lari dan bersembunyi? Ibu dan ayah kita tu sangat rindukan anak bongsu dia orang ni, ha."

Khai sedaya upaya menahan tangis apabila kedua orang tuanya itu disebutkan.

"Dia orang dah tak ada anak lain selain Khairil Harun saja. Aku ni, budak syabu bukan lagi anak dia orang-"

"Khairul, dahlah tu. Aku dan kau adalah darah daging mereka. Itu takkan berubah sampai bila-bila. Ibu dan ayah dah maafkan kau, dik. Mereka juga menyesal sebab halau kau dari rumah dan putuskan silaturahim. Sekarang ni, mereka dah tahu yang kau dah bebas daripada benda tu semua. Em... mereka nak sangat kau balik. Jomlah."

"Eh, tak payahlah. Aku ni bekas penagih dadah. Paling memalukan, abang aku sendiri yang tangkap aku dan sumbat aku dalam Juvana. Tch. Dia orang mesti malu besar bila aku masuk balik dalam keluarga tu. Jadi, ada baiknya aku duduk di luar. Takkan ada sesiapa yang tahu pasal aku. Anggap saja yang aku ni dah lama mati..."

"Tak baik kau cakap macam tu, Khairul. Sekurang-kurangnya sekarang ni, kau dah insaf. Dah tak buat kerja kotor tu lagi. Apa yang berlaku sebelum ini, kita jadikan sebagai pengajaran. Baliklah semula ke rumah. Okey?"

"Hmm... tengoklah dulu. Biar macam mana, aku masih terkesan atas apa yang telah terjadi. Aku perlukan masa-"

"Kau nak perlukan berapa banyak masa lagi, Khairul? Jangan ikutkan sangat ego kau tu. Nanti kau juga yang menyesal. Ingat tu."

Si abang berlalu keluar dengan wajah yang sugul. Dia hampir berputus asa untuk memujuk adiknya lagi.

"MACAM mana, Khairil? Dia tak nak balik jugak?"

"Hmm. Nampak gayanya, begitulah. Aku dah tak tahu nak pujuk macam mana lagi, Nuar."

"Abang Khairil bersabarlah dulu. Nanti kami berdua cuba pujuk Khai." Darwisy mencelah. Dia tidak sanggup melihat wajah keruh seorang abang.

Dia juga merupakan seorang abang, jadi dia mengerti perasaan Khairil. Jika dahulu, dia memiliki Dafi. Kini, hanya Bakri dan Khai sahaja yang menjadi peneman. Mereka berdua itu telah dianggap macam adik kandungnya sendiri.

Jadi dia akan berusaha untuk menjernihkan suasana.

"Terima kasih, Darwisy. Kami balik dulu." Inspektor Khairil dan Kopral Annuar meminta diri.

Shh...✔️Where stories live. Discover now