Bab 12 - Ke Puncak!

30 4 0
                                    

Mereka yang lain mula beransur-ansur bangun dan mandi di sungai yang berdekatan. Wanita atau gadis akan mandi dahulu sebelum lelaki.

"Korang,kitorang dah siap." Susan memberitahu kepada lelaki yang sedang menunggu giliran mereka.

"Baiklah!" Mereka pun terus berlumba ke sungai untuk mandi bersama-sama.

"Korang jangan mandi lama sangat! Kita akan pergi selepas sarapan!" Yuu memberitahu mereka.

"Alright!" Mereka yang lelaki menjawab.

Ketika itu,yang perempuan menyediakan makanan untuk mereka bersarapan.

Ketika Shiko sedang menyediakan makanan,dia ternampak Noah yang sedang termenung sambil memandang langit.

"Assalamualaikum,Noah." salam daripada gadis itu membuatkan Noah agak terkejut.

"Waalaikumussalam." Noah menjawab dengan senyuman. Cover terkejut dia.

"Jauh nya termenung. Sampai mana dah? Bulan?" Shiko bertanya dengan nada bergurau.

"Kalau aku ke bulan,aku akan bawa kau bersama." Noah menjawab dengan nada bergurau juga. Walaupun terselit kebenaran di situ. Dia memang mahu ke sana bersama wanita itu.

Merah muka Shiko ketika mendengar itu. Noah yang melihat itu hanya tersenyum.

"Erm... Noah,awak tak nak mandi sekali dengan yang lain ke?" Shiko bertanya ingin menukar topik.

"Tak mengapalah. Lagipun,aku dah mandi awal-awal. Jadi,aku dah siap dah pun. Cuma tunggu korang siapkan makanan je ." Noah menjawab.

"Ini lah lelaki. Nak mengharapkan perempuan je buatkan kerja. Kami ni pun letih tau. Kau jangan nak buat tak tahu,Noah. Kau kena tolong kami sekali sebab kau dah siap mandi. Dah,jom tolong kitorang." Noah ditarik oleh Aoi yang muncul.

"Oi,oi,aku boleh pergi sendiri lah. Tak payah lah heret aku." Noah mengeluh.

"Ok,tapi,kau kena janji dengan aku yang kau kena tolong kitorang masak."

"Shiko buat apa?" Noah bertanya.

"Dia akan kutip buah buahan yang boleh dikutip dan di makan kat pokok pokok yang ada berdekatan."Aoi menjawab.

"Ada orang yang teman dia,tak?" Noah bertanya.

"Kau ni banyak tanya betullah...." Aoi mengeluh.

"Jawab je lah." Noah berkata.

"Cik Susan yang akan temankan dia. Jadi,kau tak payah lah risau pasal girlfriend kau tu." Aoi berkata sambil tersenyum senget.

Merah muka Noah ketika Aoi berkata begitu.

Aoi yang melihat itu ketawa.

Begitu juga spirit spirit nya yang lain. Mereka yang paling kuat ketawa ialah....

"Hahaha....muka kau dah jadi tomato lah!"

"Haha....bagus lah tu. Kau dah ada calon ingin teruskan generasi. Hahaha .."
Eri dan Kiri.

Mereka yang lain hanya ketawa kecil sahaja.

"Tak guna punya spirit. Boleh pulak diorang gelakkan aku...." Noah menahan bersabar dengan gelagat spirit-spirit nya.

"Ish kau ni. Ada ada je." Noah berjalan ke arah Susan yang sedang menuju ke arah Shiko yang sedang bersiap dengan kasut mendaki nya.

"Cik Susan." Susan memandang ke arah Noah.

"Ya,ada apa,Noah?" Susan bertanya.

"Cik Susan pandai memasak,kan? Boleh tak kalau cik Susan memasak and biar saya yang temankan Shiko."

6. King of The Darkness.Where stories live. Discover now