Sementara Eclipse dan Hiro sedang bertarung dengan orang yang terkuat itu, Noah sudah berada di hadapan pelindung milik Shiko.
Mereka yang lain pelik. Daripada tadi lagi lelaki itu berada di situ. Langsung tidak menyuruh Shiko untuk membuka pelindung itu.
"Noah,kau kenapa?" Adam bertanya memecah kesunyian.
Tiba-tiba,mata nya tajam menikam seseorang yang berada di belakang sekali.
"Lebih baik kau keluar sekarang sebelum aku yang paksa kau keluar daripada badan dia." Suara Noah yang sangat sangat dingin itu membuatkan mereka yang lain terkejut dan ketakutan.
Tetapi tidak kepada seseorang.
"Wah,wah. Tak sangka kau perasan."
Mereka pun terus memandang ke arah suara itu.
!
Mereka sangat terkejut melihat siapa kah itu. Apatahlagi rakan-rakan daripada dunia Douber.
"Ke...kenapa...."
"Aura ni......"
"Sangat kuat....."
"Dan menakutkan...." Charles memeluk kakaknya.
Manakala Tracy memeluk Luna.
So,siapa lagi yang daripada dunia Douber yang korang kenal kawan rapat kepada mereka. Dan yang lain mengenali nya?
"Apa yang berlaku?"
"Saya.....tak boleh tahan aura dia ni..." Vlint terus terjatuh. Begitu juga Veo dan Rachel iaitu daripada keturunan Wolverine.
"Hey,apa yang....berlaku ni?" Yuu hanya mampu memandang ketika dirinya bagaikan dipaksa untuk menyembam lantai.
Mereka mula cemas ketika mereka juga dapat rasakan aura yang sangat kuat itu. Mereka segera menjauhi seseorang yang membawa aura kejahatan yang sangat bahaya itu.
"Hahahaha....korang memang pengecut. Aku baru keluarkan aura kejahatan aku sikit,korang terus cabut lari. Hahaha... dasar penakut!" Kata lelaki itu dengan aura yang semakin membuak-buak dan masih menggunakan suara manusianya.
Mereka yang lain terpaksa mengengsot untuk menjauhkan diri lebih jauh daripada orang itu.
"Shiko,hancurkan pelindung ni. Supaya kau tak hilang banyak tenaga nanti."
Shiko hanya patuh. Pelindung di matikan.
"Jadi,berapa lama kau perasan?" Tanya orang itu.
"Sejak kita mula bertemu. Aku dapat rasakan aura tu. Kau sembunyi kan berapa banyak sekali pun,aku tetap dapat rasakan nya,
Raja Kegelapan Yang Sebenar, Vincent."
!
Mereka yang lain terkejut mendengar perkataan Raja Kegelapan yang sebenar itu.
"Heh~kau memang hebat,budak. Siap tahu nama sebenar aku lagi. Cuma kau je ke yang perasan?"
Noah hanya mengangguk kecil.
"Hhmm~ aku beri petunjuk kepada orang lain."orang itu memandang ke arah Eclipse yang masih sedaya upaya untuk bertarung.
"Tapi orang lain yang tahu dulu." Pandangan nya terlihat kepada Noah.
Orang itu tersenyum. Sama seperti sebelum ini,dia memberitahu Eclipse dengan cara itu sebelum ini tetapi dia tidak tahu apa apa mengenainya.
YOU ARE READING
6. King of The Darkness.
Fantasy"Don't worry." "Jangan risau." "I'm so sorry." Pada kedua-dua novel iaitu Finding Peace dan 3 Spirit of Wolverines, penamat mereka ialah happy ending. Semuanya menjadi normal tetapi,adakah ianya betul betul normal? Manakala penamat novel di Friendsh...