Bab 14 - Keputusan Mereka.

24 4 0
                                    

Mereka yang lain memandang pelik ke arah Eclipse,Hiro,Akira dan rakan rakan daripada dunia Douber nya.

"Wey,korang ni dah kenapa?" Rachel bertanya.

"Tak.....m...mungkin ...."

"Jangan harap aku akan percaya dengan apa yang aku tengok sekarang ni!" Akira dan Charles menjerit serentak.

Manakala Hiro dan Eclipse mula mengalirkan air mata mereka tanpa mereka sendiri sedar.

"K...korang kenapa ni?" Adam bertanya lagi sekali kerana berasa pelik dengan sikap mereka.

Senyap. Hanya Akira dan Charles sahaja yang masih menangis. Apa yang tak kena?

"What's wrong with you guys?!" Suara yang nyaring itu membuatkan rakan-rakan daripada Dunia Douber itu sedar.

Mereka yang lain kecuali rakan-rakan Dunia Douber memandang ke arah suara tadi, Shina.

Mereka mengangguk kepala tanda terima kasih.

Shina juga membalas dengan sopan.

"Ma... maafkan kitorang...." Mereka serentak meminta maaf.

"Cuba beritahu kitorang. What's wrong?" Veo bertanya.

"Roh.....tu...."mereka serentak menunjukkan roh-roh yang sedang bersedia untuk menyerang Noah.

"Kenapa dengan roh-roh tu?" Vlint bertanya.

"Salah seorang daripada itu ialah..... Abang Rui...."Akira berkata dengan sedih. Begitu juga Charles.

"Itu ...roh yang awak semua cari,kan?" Rose bertanya. Kecederaan nya telah sembuh. Begitu juga Shima.

"Iya...."mereka mengangguk kepala mereka serentak. Kecuali Eclipse dan Hiro.

"Eclipse,Hiro."Mereka memandang ke arah suara itu. Shima memanggil mereka.

"Apa pula kaitan korang? Aku tak rasa hanya sebab tu.......korang berdua nangis tadi." Shima bertanya perlahan.

Mereka berdua melepaskan keluhan.
Mereka memandang ke arah rantai yang sama.
Rantai biru yang pernah Hiro berikan kepada Eclipse. Hiro juga turut ada rantai itu.

"Roh tu....."

"Keluarga kami...."mereka menjawab serentak dengan suara yang serak menahan tangis.

"Apa?!"mereka yang lain terkejut mendengar itu.

Serentak itu,roh roh itu mula menyerang Noah dengan sangat ganas. Noah pula hanya mengelak kerana dia telah mengetahui kebenaran nya. Bahawa roh roh itu terdiri daripada Rui,abang kepada Akira dan Charles, kakak,ayah dan ibu Eclipse serta ibu bapa Hiro.

Disebabkan tidak mahu membunuh mereka tanpa kebenaran keluarga sendiri,dia hanya mampu mengelak walaupun dia tahu yang ianya hanya akan membuang masa dan tenaga nya.

"Arrrgghh!!"Noah menjerit kesakitan ketika salah satu serangan mereka mengena perut nya.

"Rafael!"

"Noah!"

Mereka memandang Eclipse, Hiro,Sheila dan Megan. Mereka pelik kerana mereka memanggil Noah dengan nama lain.

"Kita kena tolong dia jugak. Dia tak boleh.....bunuh keluarga kita sebab...." Eclipse memandang Hiro meminta lelaki itu menyambung kata-kata nya

"Sebab tanpa kebenaran kita,dia tak boleh berbuat apa apa.....selain mengelak serangan mereka." Hiro berkata sedih.

"Jadi,kita perlu berikan kebenaran kepada Noah untuk.......hisk....hisk...." Akira tidak mampu berkata.

6. King of The Darkness.Where stories live. Discover now