Mereka yang lain berjalan naik ke atas lagi untuk pergi ke forest yang seterusnya.
Tornado Forest.
"Felix,kau ok ke?" Luke bertanya risau. Bukan hanya dia,rakan-rakannya yang lain juga turut sama risau. Mereka yang lain telah mengetahui tentang Felix yang pernah termasuk ke dalam puting beliung yang dipenuhi dengan pisau. Itu memang membuatkan mereka sangat terkejut kerana tidak menyangka bahawa Felix yang mereka ingatkan lemah pernah melalui situasi yang menyerikan sebegitu.
"I'm ok. Don't worry." Felix memberikan senyuman manis kepada mereka yang lain membuatkan mereka berasa sedikit lega.
"Kau jangan risau,Felix. Kami ada untuk jaga kau,lah." Tracy berkata.
"Yes. Oh,aku lupa nak berterima kasih kat kau masa kita dekat Flora Forest. Sebab aku, kau termasuk dalam cengkaman akar tu dulu...." Diego berkata serba salah kepada Felix.
"Alah,no problems. Aku tak kisah. Beside,kau kan kawan baik aku. Tak salah kalau aku buat semua tu untuk kawan baik aku sendiri." Felix berkata dengan senyuman lagi.
"Aww ...so sweet." Luna dan Akira berkata serentak sambil memandang Felix.
"Hahaha....apa lah korang ni..." Diego dan Felix ketawa bersama.
Ketika mereka sedang leka bersama,
"Shhh..." Hiro menyuruh mereka untuk diam. Serentak itu,mereka terus berhenti berjalan naik dan senyap. Mereka yang lain juga turut berhenti dan senyap.
Ketika salah seorang daripada mereka cuba untuk menapak selangkah ke hadapan,
"Arrgh!"
!
Jeritan daripada seseorang membuatkan mereka semua terkejut. Mereka memandang ke belakang.
Kelihatan Aoi dan Susan ditarik masuk ke dalam puting beliung yang entah dari mana datang nya.
"Kita kena tolong mereka!" Luke cuba untuk menolong mereka yang lain tetapi dia ditolak ke belakang. Angin yang sangat kuat menerpa ke arah mereka.
"Kita kena cari sesuatu untuk tarik diorang jauh daripada puting beliung ni!" Shiko meninggikan suara nya kerana angin itu terlalu kuat!
"Tapi kita tak ada!" Mereka yang lain kebelakang kerana tidak mahu masuk ke dalam puting beliung yang ganas itu.
"Apa kita nak buat?!"Shima bertanya.
"I don't know!"Mereka yang lain menjawab serentak dengan suara yang tinggi.
Dalam keadaan yang mencemaskan itu, muncul beberapa utas tali yang memasuki ke dalam puting beliung itu.
"Siapa tu?!" Mereka memandang sekeliling.
Kelihatan dua orang yang berlainan jantina sedang menarik Susan dan Aoi yang terperangkap di dalam puting beliung itu.
"Hoi! Tolong lah! Takkan nak tercegat je kat situ!"jerit lelaki berambut putih sambil cuba untuk menarik tali itu.
Ketika tali itu seperti sedang menarik nya,dia hampir termasuk ke dalam puting beliung itu tetapi,ada beberapa tangan yang menolong mereka berdua menarik tali tersebut.
Dengan sedaya upaya mereka, mereka berganding bahu menarik tali itu bersama.
Setelah beberapa minit mereka mencuba,
"Huh...huh...huh..."
Mereka yang lain menarik nafas dalam-dalam kerana mereka sangat sesak nafas sekarang ni. Puting beliung tadi sudah hilang dari radar secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
6. King of The Darkness.
Fantasía"Don't worry." "Jangan risau." "I'm so sorry." Pada kedua-dua novel iaitu Finding Peace dan 3 Spirit of Wolverines, penamat mereka ialah happy ending. Semuanya menjadi normal tetapi,adakah ianya betul betul normal? Manakala penamat novel di Friendsh...