"Eira,boleh ceritakan pada kami?" Rose bertanya lembut kepada Eira selepas sahaja mereka menghantar Eirui ke hospital di Dunia Flivehi.
Mereka semua mungkin kelihatan agak pelik tetapi dihiraukan kerana mereka lebih risaukan keadaan Eirui.
Selepas menghantar Eirui untuk di periksa, mereka semua duduk di bangku luar wad pemeriksaan.
"Huh....macam yang saya pernah beritahu sebelum ni,puak kami ialah puak yang di buang. Lepas tu,kami mendapat kelebihan ingin membunuh tanpa belas kasihan. Mungkin ianya di sebabkan oleh perasaan dendam mereka terhadap orang luar.
Semua orang ada kelebihan membunuh tanpa belas kasihan kecuali saya dan abang Eirui. Selepas mak ayah kami dapat tahu,mereka terus menerus seksa saya dan abang saya. Disebabkan abang selalu memberontak,dia lah yang paling banyak di seksa. Kerana abang tahu. Kalau dia merayu sekuat mana pun, mereka takkan dengar. Hiks ....hisk..." Eira cuba untuk tidak menangis.
Mereka yang memandang terkejut mendengar betapa teruknya keluarga Eirui sebenarnya.
Eira menahan tangis walaupun air mata hangat telah mula mengalir. Dia cuba untuk mengesat tetapi lagi banyak yang mengalir.
"Shhh.....jangan risau,Eira. Kami ada dengan awak...." Shima memujuk.
Begitu juga yang lain.
"Siapa di sini ada kaitan dengan pesakit?" tiba tiba,seorang doktor datang dan bertanya.
"S .. saya. Saya adik nya."Eira berkata.
"Erm....orang yang lebih dewasa? Macam ibu atau bapa? kakak?" doktor itu bertanya cuba untuk tidak menyakitkan hati sesiapa.
Eira hanya menggeleng kepalanya perlahan dan lemah.
"Kalau macam tu,biar saya je yang pergi." Susan menawarkan diri nya.
"Susan,tak pe ke?" Werier bertanya.
"Jangan risau. Memandangkan saya yang paling dewasa selepas Ardina dan Hikari,saya akan pergi." Susan berkata.
"Kalau begitu,kami ikut." Hikari berkata.
"Kalau macam tu,mari ikut saya membincangkan tentang pesakit." Susan dan Hikari mengikut doktor itu.
"Eira,kamu jangan risau. Kami akan beritahu keputusan nya nanti. Kamu sabar,ye." Ardina memujuk perlahan.
Eira mengangguk kepala nya lemah. Berharap agar abang nya itu tidak apa apa.
Setelah itu,Ardina pergi mengikut Hikari dan Susan.
"Kita tunggu mereka dulu. Lepas tu, baru kamu sambung,ye." Yuu berkata lembut.
Eira mengangguk kepalanya sahaja.
Setelah beberapa minit menunggu, Susan,Hikari dan Ardina datang semula sambil memandang lantai bermozek yang ada di hospital itu.
"Kenapa ni?"
"Sesuatu berlaku ke?"
Werier dan Xavier bertanya.
"Erm.....keadaan Eirui dah stabil."
Mereka menarik nafas mendengar kata kata Susan."Tapi...." mereka memandang Hikari.
"Kenapa?" Mereka mula berasa tak sedap hati.
"Huh.....Doktor kata,sekarang dia tak de kecederaan di mana mana. Mereka dah pulihkan parut parut lama Eirui. Tapi,walaupun begitu......."
Agak lama juga Ardina membisukan diri.
Mereka mula tak sabar.
"K...kenapa? Tolong lah beritahu saya...." Eira mendesak.
YOU ARE READING
6. King of The Darkness.
Fantasy"Don't worry." "Jangan risau." "I'm so sorry." Pada kedua-dua novel iaitu Finding Peace dan 3 Spirit of Wolverines, penamat mereka ialah happy ending. Semuanya menjadi normal tetapi,adakah ianya betul betul normal? Manakala penamat novel di Friendsh...