AsyDanny
HusnaFaudzi
daisyyrosee
inafiqah
_syahr_5 lagi username yang bertuah, saya tag untuk chapter malam ini ❤
Happy Reading!
"Aisyah, si gadis kampung."
| Bidadari Milik Raid |
JOHOR BAHRU,
TANAH PERKUBURAN ISLAM,
NURUL AISYAH,MEMORI,
Kelayakan Biasiswa Penuh oleh Diamond's Private School
Lama matanya menatap surat tawaran dan surat biasiswa daripada sekolah yang berprestij tinggi, Diamond's Private School, yang terletak di bandar Kuala Lumpur.
Aisyah menghela nafasnya. Dia tidak tahu sama ada surat-surat ini mendatangkan perasaan gembira atau yang sebaliknya buat dia. Kehilangan kedua ibu bapanya satu minggu yang lalu, memberikan tamparan yang besar untuk gadis yang berumur 16 tahun ini.
"Aisyah..." Makcik Timah, jiran sebelah rumah yang sangat baik dan rapat dengan ibunya, mengelus perlahan bahunya. Dia turut berduka atas kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa ibu bapa Aisyah.
"Aisyah tak tahu nak terima tawaran ini atau tidak, Mak Timah. Ya, dulu Aisyah berusaha kuat untuk dapatkan keputusan yang cemerlang untuk masuk sekolah ni, untuk ubah nasib keluarga Aisyah. Tapi..." Matanya bergenangan, bila-bila masa sahaja boleh mengalir.
Dia mendongak, menatap wajah mendung wanita itu."Ibu dengan abah dah tak ada. Aisyah dah tak ada apa-apa untuk diperjuangkan lagi."
"Ya Allah," Mak Timah berbisik perlahan. Dia menarik Aisyah ke dalam pelukannya.
"Aisyah tak nak pergi sekolah ni. Aisyah nak tinggal dekat sini. Aisyah nak ada dekat dengan ibu dan abah." Aisyah menangis. Air matanya bercucuran dengan lebat.
"Tak boleh Aisyah. Aisyah nak duduk dengan siapa dekat sini? Aisyah dah tak ada siapa-siapa kat sini, nak. Kalau Aisyah terima tawaran sekolah ini, Aisyah boleh duduk dengan ayah saudara Aisyah dekat Kuala Lumpur sana. Mereka boleh jaga Aisyah."
"Tapi..." Suaranya meleret. Dia menunduk lalu memandang tangan Mak Timah yang sedang mengusap lengannya.
"Aisyah kan boleh duduk dengan Mak Timah? Mak Timah kan dah anggap Aisyah macam anak Mak Timah sendiri?"
"Tak boleh sayang. Tak elok Aisyah duduk serumah dengan lelaki ajnabi. Anak-anak Mak Timah semuanya lelaki, sayang. Tak ada talian darah pun antara mereka dengan kamu..."
Raut wajah wanita tua itu berubah mendadak. Mendung wajahnya tatkala mengenangkan empat anak lelakinya. Mereka itu masih remaja dan sedang melalui proses pendewasaan. Banyak hal yang tidak diingini boleh terjadi andai kata dia membawa Aisyah untuk tinggal bersama. Meskipun dia sudah menganggap gadis itu sebagai anaknya sendiri.
Aisyah itu polos. Mudah terpengaruh dan akur dengan arahan orang lain. Jadi, katakan padanya bagaimana keadaan gadis itu saat dia tiada di sisi Aisyah? Dengan ragam dan karenah anak-anak lelakinya?
"Aisyah," dagu Aisyah diangkat ke atas sekali gus mata Aisyah menatap anak mata Mak Timah. Pipi Aisyah diusap lembut.
"Terima ya tawaran ni. Mak Timah pasti abah dan ibu kamu pun nak kamu terima tawaran ini. Kamu pernah usaha sehabis baik untuk dapatkan keputusan yang cemerlang, tak akan nak sia-siakan apa yang kamu dah buat dulu?"
Aisyah sekali lagi terdiam.
"Aisyah dengar cakap Mak Timah ya? Terima surat tawaran tu, Aisyah belajar sungguh-sungguh sampai Aisyah boleh dapatkan segulung ijazah yang Aisyah selalu ceritakan pada mak dan ayah Aisyah dulu. Tak lama pun sayang, cuma dua tahun je. Lepas tu Aisyah boleh balik sini dan mohon mana-mana universiti yang ada dekat sini."
Mak Timah mendekatkan dirinya dengan gadis itu. Tangan kanannya menarik kepala Aisyah supaya bersandar di dadanya. Lalu, dia memeluk bahu kanan Aisyah dan mengelus perlahan.
"Aisyah," Mak Timah memanggil gadis itu secara perlahan. Matanya lurus memandang ke hadapan, melihat riak wajah ibu saudara Aisyah yang terlihat---seperti tidak suka dengan situasi ini.
Hatinya risau. Bagaimana jika wanita itu akan memperlakukan anak gadis ini dengan kasar?
"Jaga diri baik-baik Aisyah. Selalu ingat Allah di mana jua kamu berada. Walaupun ibu dan abah Aisyah dah tak ada, tapi selangkah kamu keluar dari rumah, kamu masih lagi bawa nama dan maruah mereka."
Pelukan itu dirungkaikan. Lama Mak Timah menatap wajah mendung gadis itu. Perlahan, bibirnya berlabuh di dahi Aisyah.
moga ini yang terbaik buat kamu, sayang.
---------
KUALA LUMPUR,
"Abang Arif,"
Aisyah terkejut seraya terkebelakang secara tiba-tiba. Badannya bergeletar, nafasnya tiba-tiba menjadi sesak. Seumur hidupnya, ini kali pertama dia berada dekat dengan lelaki itu.
Arif tersenyum sinis. Matanya melihat Aisyah dari atas hingga ke bawah. Melihat penampilan gadis itu yang serba kekampungan. Lidahnya ditolak ke isi pipi sebelah kiri.
"Dah lama aku tak nampak muka kau. Dah besar juga ya kau rupanya?" Soalnya dengan nada yang kasar. Dia berjalan mendekati Aisyah hingga membuatkan gadis itu terpaksa menapak ke belakang.
"Tolong jangan sentuh Aisyah," pantas sahaja tangan Arif yang merayap pada hujung tudungnya ditepis kasar.
"Sentuh?"
Arif ketawa terkekeh. Dari matanya yang sepet dek kerana ketawanya, tiba-tiba menjadi bulat dan membesar. Melihat kedua ibu bapanya yang kelihatan sedang bertengkar di kawasan ruang tamu---memberikan dia sedikit ruang untuk mendekati adik saudaranya.
"Argh! Sakit abang!" Aisyah sedikit menjerit gara-gara ditolak ke pintu kereta dengan kasar. Mulutnya ditutup oleh tangan Arif yang kasar itu sebelum dirinya diselubungi dengan rasa takut tatkala bahagian telinganya terasa disentuh oleh hidung lelaki itu.
"Perempuan kampung macam kau, setakat duduk bawah tapak kaki aku je tau. Jadi nak jangan mimpi, untuk rasa kena sentuh dengan aku," lalu dengan pantas, tudung belakangnya terasa dicengkam dan ditarik ke belakang.
Mata Aisyah sudah berkaca-kaca. Dia memandang anak mata Arif dengan perasaan yang penuh dengan ketakutan.
"Sebab aku jijik dengan engkau!"
Badan Aisyah dihentak ke pintu kereta dengan kuat. Kata-kata itu tanpa sedar telah melukai hatinya yang lembut.
Belum sampai satu hari lagi, dia terasa mahu pulang ke Johor dan berada di samping kubur orang tuanya.
Enam belas tahun dia bernafas di atas muka bumi ini, tak ada sehari pun kebaikan yang keluarga ini pernah beri pada dia dan ibu bapanya. Mereka tidak sukakan Aisyah dan keluarga hatta membenci dan menghina itu adalah satu kemestian di saat mereka bersua muka.
Badan Aisyah melorot ke bawah secara perlahan lalu dia terduduk di lantai. Kedua belah telinganya mendengar setiap kata-kata kesat yang keluar dari ibu saudaranya---yang terlihat sedang bertengkar hebat dengan bapa suadaranya.
"Allah," Aisyah berbisik perlahan. Dia mengusap dada kanannya bersama air mata yang sedang mengalir.
Bagaimana hari-hari dia nanti? Apa dia mampu untuk lalui kehidupan barunya di bandar ini?
YOU ARE READING
Raze : Raid Rizqi
Teen FictionRAZE : Tengku Raid Rizqi Spin off Mikasya Dark Romance | Teen Fiction ******* RAZE itu adalah gabungan empat nama, di mana anggotanya terdiri daripada empat orang remaja lelaki yang sangat hebat latar belakang keluarganya. R : Raid Rizqi A : Airis...