TUJUH

368 48 6
                                    







"Saat setitik darah saling bertemu, itu permulaan atas segalanya."




| BIDADARI MILIK RAID |






HOSPITAL KUALA LUMPUR,
RAZE,

"Kau sedar tak apa yang kau dah buat?"

Soalan itu, ditujukan kepadanya sejurus Airis lihat kelopak matanya bergerak-gerak, dan perlahan dicelikkan.

Raid menghela nafas. Tak tahu itu adalah nafas lega ataupun nafas keluhan. Seluruh badannya sakit, urat dan sendi-sendinya terasa bisa.

"Aku buat apa?" Dia menyoal, menghantar pandangan kepada Airis yang tegak berdiri di hadapan katil.

Herman dan Zaini memandang sesama sendiri. Seakan menghantar satu isyarat. Mereka berdua masih berdiam, membiarkan Airis yang diibaratkan sebagai bayang-bayang Raid, bersuara tika ini. Sebab dari dulu sampai sekarang, hanya lelaki itu sahaja yang berani untuk bersuara dan berhadapan dengan ketua mereka.

"Aku tak nak ungkit pasal tadi. Aku cuma nak ingatkan kau dan yang lain-lain," kemudian Airis, memandang ke arah dua rakannya yang lain. "Kumpulan kita, tak akan terima mana-mana perempuan sebagai ganjaran. Titik!"

Raid terdiam. Sekali gus mengimbas kembali setiap kejadian yang berlaku sebentar tadi. Wajahnya yang kosong, kini bertukar dengan reaksi yang datar dan dingin. Perlahan dia bangun, dan mula berjalan ke arah sofa.

"Jantan keparat macam dia, aku dah agak yang dia mesti ada agenda lain. Kemain beriya-iya buat cerita yang dia boleh kalahkan Raid, hujungnya? Dia main tipu!" Zaini bengang, dia bangun lalu berjalan mendekati Airis dan Raid.

"Sekarang ni kita nak buat apa? Hapuskan dia?" Soal Zaini lagi.

Raid mendengus. Perlahan dia mengambil jaket yang diletakkan di sofa. Jaket itu, disarungkan ke tubuhnya.

"Tak perlu, jangan disebabkan jantan keparat macam dia buatkan maruah dan nama kumpulan kita jadi rosak. Cukup apa yang jadi tadi, kalau dia masih ada peluang untuk hidup itu bermaksud dah sampai masanya untuk dia bertaubat."

Raid, matanya menikam setiap anak mata rakan-rakannya. Rambut yang sedikit panjang, dia raupkan ke belakang. Lalu, dia memandang ke arah Airis yang dari tadi menanti jawapannya.

"Kali ini, aku lepaskan dia. Tak perlu hadiah, tak perlu ganjaran hatta perempuan tuh sekali."

Lalu dia memandang ke arah Herman. "Kau cari perempuan yang aku sentuh tadi, bagi duit dekat dia. Suruh dia tutup mulut."

"Dan kau," arahannya pula kian beralih ke arah Zaini. "Pastikan hal ni tak tersebar. Hatta sekeping gambar sekali pun aku tak nak nampak."

Dan untuk dirinya sendiri, dia harus melupakan setiap kejadian yang berlaku tadi. Tangan kanan dan kirinya, hidung bahkan bibirnya sekali harus dicuci dan dibersihkan bagi membuang sisa kotoran akibat 'sentuhan' itu.

Sebab dia tetap dengan pendirian dia. Bahwa tak akan pernah ada wanita yang boleh masuk ke dalam hidupnya, walaupun ia hanyalah sekadar 'ganjaran' dalam setiap pertandingan.

Raze : Raid Rizqi Where stories live. Discover now