"Satu keluarga, dua kuasa."
| BIDADARI MILIK RAID |
VILLA AUSTIN, KUALA LUMPUR,
KELUARGA RAID RIZQI,
Beberapa jam sebelum,
Tengku Rais Al-Raihan Mukhtar mengetap giginya di saat dia melihat rakaman video yang dihantar oleh mata-mata yang dia upah untuk mengawasi setiap pergerakan putera sulungnya. Melihat anaknya, Raid Rizqi yang bergolek di atas jalan bertar membuatkan hatinya tiba-tiba membara.
Pertama kali dalam hidupnya, melihat anak lelakinya diperlecehkan seperti ini. Dan itu, adalah satu hal yang paling pantang buat diriya.
Apakah mereka tidak mengetahui lagi tentang anak sulungnya? Lelaki yang bakal menjadi pewaris utama untuk menerajui kumpulan ini di masa hadapan.
"Siapa yang cuba untuk tentang anak aku?" Soalnya kasar. Dia membaling sebuah tab yang berjenama Apple tepat ke arah dada orang kanannya.
Lelaki itu menundukkan kepala, menahan rasa sakit yang menjalar kerana balingan itu. "Hanya budak lelaki biasa yang seumuran dengan Tuan Muda. Atas alasan,mahukan kembali kekasih Tuan Airis."
Tengku Rais hanya diam. Perlahan dia bangun dan membelakangkan orang kanannya. Dia berjalan ke arah sebuah jendela yang besar, lalu kedua belah tangan di masukkan ke dalam poket seluar.
Matanya melihat setiap anak-anak buahnya yang berpakaian seragam hitam sambil berjalan-jalan di kawasan sekitar rumah ini. Lantas, mengeluarkan sebuah arahan tanpa sedikit pun berpaling menatap wajah orang kanannya.
"Arahkan beberapa orang untuk bawak balik anak aku. Dan aku nak korang uruskan hal ni sampai bersih."
××××××××××
Di saat darah yang tercalit pada bibirnya ditempelkan dengan sebuah bibir yang bukan halal untuknya, dunia Aisyah seakan terhenti.
Dadanya menjadi sesak---
Sentuhan pada bibir itu membuatkan setitik air matanya mengalir, lalu dia perlahan jatuh melurut ke bawah.
"Tengku," seorang lelaki yang tertubuh tegap dan sasa itu memanggil nama Raid sambil menundukkan kepalanya. Di belakangnya, hampir 15 orang anak buah yang dia bawa sesuai mengikut kehendak daripada majikan mereka.
Dengan sekali anggukan, terus sahaja dua orang lelaki yang tinggi lampai, mendekati Raid lalu mencengkam kedua belah lengan Raid.
"Tuan Airis," lelaki yang berada di hadapan sekali, yang mengetuai mereka semua malam ini, sekali lagi menundukkan kepala.
"Tengku Rais mahu berjumpa dengan Tuan Muda Airis, malam ini."
Airis menghela nafasnya. Dia tidak membalas apa-apa, hanya melihat Hana Malikha yang sedang memeluk sang gadis yang menjadi mangsa rakan baiknya tadi.
Kepalanya diurut perlahan.
Walaupun majikannya tidak turun padang malam ini, tapi percayalah bahwa sesungguhnya jika mereka---orang kanan dan para pekerja lelaki itu muncul di sini secara tiba-tiba.
Itu bermakna---
Tengku Rais, sudah mengetahui segala-galanya.
YOU ARE READING
Raze : Raid Rizqi
Teen FictionRAZE : Tengku Raid Rizqi Spin off Mikasya Dark Romance | Teen Fiction ******* RAZE itu adalah gabungan empat nama, di mana anggotanya terdiri daripada empat orang remaja lelaki yang sangat hebat latar belakang keluarganya. R : Raid Rizqi A : Airis...