asterhyzells_
aniraziann
novaroise
myaaezz_
ALoyalPersonDouble update, done. Happy reading ❤️
"....aku tak pernah suka engkau, jadi jangan mimpi nak hidup aman dalam rumah ni!"
| Bidadari Milik Raid |
KUALA LUMPUR,
Aisyah menarik nafas dari dalam lalu dia menghembuskannya secara perlahan. Rasa sakit di dada kerana asma yang tiba-tiba menyinggah tadi, masih terasa. Namun, dibanding antara sakit ini dan sakit yang berada di hatinya---membuatkan dia lebih berasa lelah berbanding sebelumnya.
"Aisyah tak pernah mintak semua ni berlaku, Ibu Hanim. Aisyah tak pernah terfikir nak mohon sekolah yang mewah tu, sebab Aisyah tahu yang Aisyah tak akan mampu. Cikgu Aisyah yang sarankan Aisyah untuk buat permohonan biasiswa dan sekolah mewah itu--- sendiri yang pilih Aisyah."
"ALASAN!" Wanita itu menghentakkan tangannya di atas meja yang berada di dapur ini. Dia mendekati Aisyah lalu menolak gadis itu ke arah peti sejuk.
"Kau sendiri tahu yang kau sampai mati tak akan mampu nak masuk dalam sekolah tu tapi kenapa kau tetap nak terima?" Bahunya ditolak dan semakin ditolak.
Pipi Aisyah dicengkam kuat.
"Kau dengan kehidupan miskin kau tak akan pernah berubah sampai bila-bila! Belum cukup mak kau selalu susahkan aku sekeluarga, sekarang bila dia dah mati kau pula yang susahkan aku? Hei perempuan, kau tahu tak berapa duit suami aku habis-habis semata-mata nak daftarkan kau tadi?"
Mata Aisyah berkaca-kaca. Bait kata yang keluar dari mulut ibu saudaranya cukup membuatkan dia sedikit emosi.
Aisyah masih ingat lagi bagaimana malunya dia tatkala dia menjejakkan kaki di sekolah mewah itu. Semua orang memandangnya dengan riak sinis dan hina, terlihat seolah dia adalah sosok makhluk yang jijik, yang tidak patut untuk dilihat.
Namun, itu bukanlah masalah utamanya.
"Aisyah minta maaf," ucapnya dengan nada yang perlahan berserta suara yang serak. Dia malu kerana berasa bahawa dia telah menjatuhkan air muka keluarga ibu saudaranya.
Dia masih ingat betapa marahnya Ibu Hanim tatkala mendengar yuran pendaftaran yang pihak sekolah tuntut daripada mereka. Memandangkan ini adalah tawaran biasiswa yang pertama yang pihak sekolah lakukan, jadi sistem mereka masih lagi dalam keadaan penambahbaikkan----bahkan masih mengambil kira segala keuntungan dan kerugian yang bakal mereka peroleh jika meneruskan biasiswa ini secara besar-besaran.
Masih dia ingat lagi bagaimana malunya dia tatkala ditampar dan dipukul oleh Ibu Hanim di saat mendengar kata dari pihak sekolah, bahawa dirinya adalah calon pertama sekali gus calon percubaan sekolah ini dalam program baru yang mereka rancangkan ini. Dan itu bermakna Aisyah menjadi milik sekolah ini dia akan di senarai hitamkan jika dia mendaftar di sekolah lain.
Dan semua kemarahan itu----dia nampak Ibu Hanim sedang salurkan kemarahan itu padanya sekarang.
"Aisyah minta maaf. Aisyah tak boleh nak janji tapi Aisyah akan cuba bayar balik semua duit Ibu Hanim dan Ayah Haziq." Jujurnya meskipun kedua belah tangannya terketar dek memikirkan di mana dia harus mencari wang sebanyak itu.
YOU ARE READING
Raze : Raid Rizqi
Teen FictionRAZE : Tengku Raid Rizqi Spin off Mikasya Dark Romance | Teen Fiction ******* RAZE itu adalah gabungan empat nama, di mana anggotanya terdiri daripada empat orang remaja lelaki yang sangat hebat latar belakang keluarganya. R : Raid Rizqi A : Airis...