"Tolong jangan sakiti dia."
|Bidadari Milik Raid |
"Abang Arif!"
Dari jauh telinga Arif mendengar jeritan yang kuat ini. Arif menoleh ke kiri, samar-samar dia melihat kelibat adik saudaranya, Aisya, yang dipegang dan diheret oleh salah seorang kenalan Raid.
"Mana.Hadiah.Aku."
Soal dia sekali lagi, meskipun dari awal lagi dia tahu bahawa gadis ini akan menjadi cagaran daripada Arif.
Arif mendesis kesakitan. Hujung kayu besbol yang kembali menekan mata kanannya, membuatkan dia rasa sakit dan ketakutan.
"Tolong. Aku mintak tolong jangan apa-apa dia. Aku tahu aku salah. Aku main kotor. Tapi aku mohon, jangan ambil adik saudara aku."
Raid memusingkan badannya. Sebelah tangannya lurus menongkatkan kayu besbol itu, manakala tangan kirinya meraup rambutnya ke belakang. Lidahnya ditolak ke isi pipi kiri. Nafasnya tidak teratur.
"Kau tahu kan aku tak pernah terima mana-mana perempuan sebagai hadiah aku? Dan aku tak suka ada taktik kotor setiap kali aku terima cabaran?" Dia menyoal tanpa memandang sedikit pun ke arah Arif. Bunyi tangisan yang semakin lama semakin kedengaran, menandakan bahawa gadis itu semakin dekat dengannya.
"Abang Arif," Aisya menangis. Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri, namun cengakaman pada dua belah tangannya menimbulkan rasa sakit yang tak pernah dia alami.
"Jangan menangis Aisya! Kau ada asma! Aku tak nak kau tiba-tiba sakit!" Arif berteriak. Dia sedaya upaya bangun lalu mendekati gadis itu. Kakinya yang dipukul dengan kayu besbol tadi membuatkan dia kembali jatuh kerana tidak mampu berdiri dengan lurus.
"Raid," Airis mendekati rakannya. Dia rasa dia kena masuk campur dalam hal ni juga, saat melihat ada gadis antara rakannya dengan Arif. Risau dan takut, andai sisi gelap dalam diri Raid boleh mencederakan gadis itu.
"Yang bersalah kat sini, jantan tu. Arif. Aku tak nak kau lempiaskan kemarahan kau pada perempuan ni." Dia menuding ke arah Aisya yang sudah berada di belakang Raid.
Raid tersengih. Matanya yang hitam pekat, seakan membawa satu maksud yang tertentu.
Jangan kata——
"Jangan. Masuk. Campur." Dada Airis ditunjal seiring kata-kata yang keluar dari mulutnya.
"Dia bukan Raid," Zaini menyentuh lengan Herman. Bertindak menarik rakannya supaya berada sedikit jauh daripada Raid, Airis dan juga Arif. Sebab antara mereka, hanya Airis sahaja yang kuat, yang boleh atasi sisi Raid yang gelap ini.
"Habis kau nak aku biarkan je dia sakitkan perempuan tu?" Herman menepis tangan Zaini. Saat dia melangkah, bahunya kembali ditarik.
Mata Zaini membulat besar. "Dia cuma akan sakitkan perempuan tu, bukan bunuh perempuan tu. Dia bukan Raid!"
------------------
"Raid, aku mintak maaf."
YOU ARE READING
Raze : Raid Rizqi
Teen FictionRAZE : Tengku Raid Rizqi Spin off Mikasya Dark Romance | Teen Fiction ******* RAZE itu adalah gabungan empat nama, di mana anggotanya terdiri daripada empat orang remaja lelaki yang sangat hebat latar belakang keluarganya. R : Raid Rizqi A : Airis...