Riuh rumahnya dengan telatah anak anak buahnya.Terfikir juga feena hendak mencari tempat duduk dikawasan perumahnnya itu.Maklumlah hari ini dia mengadakan kenduri hari pertunangan dengan jejaka pilihan kedua ibubapanya.
"Aku ni macam tunang dengan diri sendiri"kata sambil mengambil makanan yang berada dihadapannya itu.
"Monyok je kenapa?"soal hazwani kepadanya.
"Weyh bayangkan kalau tunang aku tiba tiba nak putus"seloroh feena membuatkan hazwani mengetuk kepalanya.
Otak dia ni memang nak kena brainwash.Boleh pula dia terfikir untuk berkata sedemikian.
"Kau gila? Aku penampar juga kau ni karang"
ugut hazwani membuatkan feena ketawa mengekek.Pelik benar perangai perempuan ni.Nasiblah kau wahai encik tunang dapat tunang macam dia ni.
"Kau mengumpat en?"
ujar feena menunjukkan garfu kearah hazwani"Takde maknanya aku nak mengumpat belakang baik aku cakap terus je"
katanya membuatkan feena menjeling tanda tak puas hati.Sedang berborak feena melontarkan pandangan dikawasan berdekatannya manatau boleh terjumpa encik tunang yang melamarnya tapi kelibat tidak kelihatan.
Sampai satu kawasan matanya tertumpu pada kawasan bakal mak mertuanya yang duduk menjamu selera.Habis diterokanya kawasan meja makan itu dan matanya secara tak sengaja terpandang pada sosok tubuh yang pelik itu.
Tertarik mindanya untuk kesana dan bertegur sama dengan jejaka tersebut.Bakal adik ipar jugakan jadi tak salah pun.
"Woi kau pandang anak orang buat apa?" tolak hazwani membuatkan feena segera menamatkan misinya dan tersengih tajam.
"Diamlah kau." ujar feena selamba apabila pandangannya tadi mendapat balasan daripada pihak disana.
Laju saja dia berdiri apabila tidak betah berlama lama disitu.Takut lain pula yang merasuki fikirannya nanti.
"Aku masuk dulu."
ujar feena membuatkan hazwani memandang pelik sebelum tersengih.Baru sahaja beberapa langkah namanya diseru membuatkan ia menoleh dan mencari gerangan tersebut namun tiada.Feena kembali melangkah dan panggilan tersebut jelas kedengaran.
'Ish amende'
Feena melilau melihat sekeliling dan melihat bakal mak mertuanya yang memanggilnya.Nasib dia tak marah marah kalau tak naya awal pertunangan dah buat masalah.
Laju langkah feena mendekati keluarga itu.Hairan juga dia melihat kelibat lelaki yang dilihatnya tadi sudah tidak ada.
"Ye aunty?"ujar feena sebelum menyalam tangan wanita tersebut.
"Nak ajak kamu berborak kejap."ujar wanita berusia itu dihadapannya itu.
Feena hanya mengangguk perlahan dan ditarik untuk duduk di kerusi yang menempatkan lelaki tadi.
"Bukan ada orang ke tadi?"ujar feena perlahan membuatkan bakal ibu mertuanya ketawa kecil
"Duduklah feena."feena hanya menurut dan tersenyum manis menutup rasa kekoknya ketika itu.
Mana lelaki tadi?
"Terima kasih sebab terima pinangan anak aunty."ucap wanita berusia itu kepadanya mendapat anggukan perlahan dari feena
"Aunty,Tunang saya mana?"ujar feena perlahan membuatkan wanita tersebut terkejut.
"Feena tanya apa nak?"ujar wanita itu membuatkan feena mengeleng perlahan.
"Takde apa apa"ujar feena dan melanjutkan dengan menanyakan persoalan lain.
:)
Rimas seharian duduk dibawah mukanya yang bukan natural beauty itu.Mana tidaknya ini pertama kali dia mengenakan alat solek yang agak sederhana itu.Sempat lagi dia bergaduh dengan kawannya untuk tidak memakainya.
"Letihnya,sekarang student yang merangkap fiance pada manusia mana entah"ujar feena sebelum melihat cincin yang tersarung dijarinya.
Cincin belah rotan yang simple itu dikeluarkan dan diletakkan didalam baldunya kembali.Banyak perkara yang hendak dilakukannya ketika ini.Sudahlah assigmentnya berlambak sempena cuti sem ini.
Baru saja hendak melangkah ke bilik air terlihat beg kertas yang diterimanya sebelum family in lawnya berangkat pulang tadi
"Lawalah beg ni."dibeleknya beg kertas itu sebelum membukanya.
Didalamnya terdapat 2 jenis buku dan salah satunya buku yang bertajuk
'Our future' dan buku scrap harian.Terkejut feena menerima hadiah sedemikian.Mengapa tunangnya terfikir untuk memberikan hadiah dengan sesuatu benda yang disukainya.
"Seriuslah dia bagi aku benda ni?"terkilan dengan apa yang diterimanya waktu itu.
Dibeleknya buku our future dan tertancap satu nota yang kemas terlekat disitu.
Note!
Saya tahu buku adalah sebahagian dari hidup awak dan anggaplah saya juga sebahagian daripada hidup awak mulai detik ini.'Have a nice day ")
Feena tanpa segan silu melemparkan buku itu ketengah katil.Seram pula rasanya mana tidaknya lelaki itu tidak pernah ditemuinya dan mengetahui mengenai salah satu rahsia terbesar dalam hidupnya.
"Masak kau feena!"ujarnya sebelum menampar pipinya berkali kali namun terhenti apabila mendapat ketukan dari luar.
"Feena.."ujar along yang berada diluar.
Feena bangun dan membuka biliknya unyuk bertanya mengenai hajat alongnya tiba tiba mencemar duli di biliknya itu.
"Yee nak apa?"ujarnya sambil membuka pintu tersebut.
"Nah pakai esok."hulur along sebelum bergerak meninggalkan feena terkulat kulat disitu.
"Along apa benda ni?"ujar feena apabila menerima bungkusan yang sama dengan yang diberikan oleh fiancenya itu.
Baik dia rehatkan diri sebelum hari esok.Maklum esok permulaan baru sebelum dia bekerja sebagai guru tuisyen kepada anak kakak iparnya itu.Kebetulan pula.
Tahu tahu sahaja tunangnya itu mahu bertunang dengannya sebelum hari esok.
YOU ARE READING
Oxytocin Love
Romance'Cukup mengagumimu dari jauh kerana pengharapan adalah permulaan detik kehancuran'- Mr. Itulah jalan cerita yang disukainya walaupun pengakhirannya adalah samar samar. Kerana setiap yang tertulis takkan pernah berubah. "Jauhi diri saya danial! Saya...