Bab 6

3 1 0
                                    

Feena yang sibuk berlari untuk menghantar assigment ke pejabat bertembung dengan danial.
tergopoh gapah dia ke sana untuk menghantar laporan tugasannya.

"laju laju nak kemana ni?"soal danial membuatkan feena berhenti seketika.

"pejabat"sepatah saja yang dituturkannya.

Malas pula dia berbasa basi di hadapan lelaki itu.

"assigment ? Nak saya tolong ?"ujarnya.

tersenyum feena mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu.Maklumlah,apa salahnya memohon pertolongan lelaki itu.

"boleh ke sir?" tersenyum manis dia

"boleh,tolong tengok"mati senyuman feena yang terlakar tadi.

Selamba saja danial berlalu meninggalkan feena dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Tak guna.

sakit hatinya dengan telingkah lelaki itu.Baru saja dia ingin menarik nafas lega namun terhenti.

Penat-

Dengan langkah yang longlai dia berjalan meninggalkan tempat tadi menuju ke tempat sepatutnya.

"feena? Can you help me?" soal sir uzairi yang memandang dengan ramah.

"sure sir" ujar feena sebelum mendekati meja lelaki tersebut.

"boleh jumpa sir danial? Pastu mintakan saya senarai nama yang akan ikut acara tahunan nanti"jelasnya sambil menaip di komputernya.

Dengan perasaan sebal dia mengetuk pintu gerangan tersebut.
Detak hatinya menyatakan ada yang tidak baik akan berlaku.perasaan yang aneh menjalar menakutinya.

"come in"

klakkk.

pintu dibuka dan kepala feena terjegul sedikit.

"Assalamualaikum sir."ucap feena perlahan

Matanya memerhatikan sekeliling.

"Walaikummusalam."ucap sir perlahan sebelum berdecit sedikit.

"sir uzairi nak senarai nama untuk acara tahunan ni sir" feena membuka kata dan mula resah.

Laju saja dia meramas ramas tangannya.perasaan takutnya menjadi jadi.

Serammmm nak balik!

"5 minit.saya nak buat penambahan nama"ujarnya.

Pantas tangannya mencapai pen yang berada dihadapannya dan menulis sesuatu didalam.fail tersebut dan mengambil sticker note berwarna kuning.

Dihulurnya fail tersebut sebelum menghalau feena keluar dari situ.

"now get out" tidak bernada arahannya itu.

Feena hanya menunduk hormat dan keluar sebelum melihat huluran fail tersebut.

Acara tahunan Kelab catur.

Diselak dan ditelitinya tajuk dan mula mencari sesuatu yang membuatkan dia tertanya tanya.

Belum sempat dia menyelak halaman kedua namanya telah pun tertulis di situ sebagai ajk.

Putri syafeena (new member)

mahu saja dia menjerit melihat namanya yang tertera disitu.Matanya bertambah sakit melihat sticker note yang ditujukan untuknya

have a nice day new member.see u

"Tak guna!" jerit feena perlahan.

apa yang dimahukan oleh lelaki ini sehingga perlu memasukkan namanya sekali.

Ini tidak adil!

Baru saja dia ingin bercuti sepanjang cuti sem ini.kini namanya diselitkan sekali.Apa yang dia ingin lakukan sekarang adalah menyerang sir tersebut namun ditanamkan saja niatnya dan bergerak mencari kelibat sir uzairi.

Kalau lah encik Tunangnya berada disini dan mendengar semua bebelannya.pasti ringan sedikit apa yang dialaminya walaupun lelaki itu hanya mendengar.

Masalahnya bakal tunangnya saja dia tidak kenali entah entah ada perempuan lain yang ditawannya selain dirinya ketika ini.

i need you

Dia hanya mampu menunduk sebelum melepaskan nafas dengan lemah Di bangku batu itu..Mahu saja dia menangis dan Melepaskan apa yang terbuku di dadanya ketika ini.

"hurm."

tertoleh feena apabila seolah olah ada seseorang disampingnya.

"are you okay?" soal danial seraya tersenyum manis.

Belum sempat danial bertanyakan lebih lanjut feena lagi cepat mengorak langkah menjauhinya.
Kegilaan lelaki ini bukan boleh dibawa bermain sekejap seja boleh meletus jadi raksasa.

"hey" tahan danial

Yang dia perlukan adalah tunangnya bukan lelaki ini.

"putri syafeena" lembut saja nadanya membuatkam langkah feena terhenti.

Entah apa yang dirasakannya ketika ini.Seolah olah panggilan itu merupakan tanda lelaki itu berang dengannya namun dengan nada yang lagi lembut.

"marahkan saya? cakap dengan saya feena"soalnya namun feena diam dan membatu disitu.

"Jangan ganggu saya" Akhirnya feena bersuara namun nadanya tampak tak bermaya.

"cakap dengan saya feena.Awak kenapa?" soalnya namun seolah olah mendesak agar gadis dihadapannya itu memberikan jawapan.

feena yang berdiri terus tertunduk dan menekup mukanya dengan kedua belah tangannya.Danial hanya memerhati tindakan gadis tersebut.

Selang beberapa saat suara esakan mula kedengaran namun perlahan saja.Muka danial yang dingin tadi berubah kendur.

Mengapa tangisan gadis dihadapannya itu menyakitkan dirinya?

Apa yang dilalui oleh wanita itu?

Banyak Persoalan yang bermain dimindanya.

"feena awak kenapa?"danial mula mendekati syafeena dan duduk dihadapan gadis itu.

Terangkat muka feena mendengar namanya diseru.Habis sembap mukanya dengan deraian air mata.
Malunya pada lelaki itu ditolaknya ketepi dan kembali menunduk.

"please leave me alone"seru feena dengan suara yang tenggelam dek tangisan itu.

"no" berubah kembali nada danial apabila kehadirannya seolah olah mensesakan gadis itu.

"saya takkan biarkan awak macam ni feena."ujarnya lagi.

"saya benci awak danial.Jauhkan diri awak dari saya!"

Jujur hatinya sakit.Apa yang cuba dilakukan oleh lelaki ini.Semua yang dilakukannya hanya mengikut kehendaknya saja.

Baru saja tadi dia dikenakan dan sekarang berubah drastik.menjadi Prince charming ? Apa yang lelaki ni bayangkan untuk terjadi?

Dia penat.

"saya takkan tinggalkan awak feena.if you with me its a safe place for you.ingat ayat saya tu."feena tersentak mendengar ucapan yang diberikan danial.

If you with me its a safe place for you.

Apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu.






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Oxytocin LoveWhere stories live. Discover now