15

1.3K 19 0
                                    

Time and Fate are not in our hands for order.


"Ka—kahwin?" Keva bersuara dengan gagap dan terketar-ketar. Sebelum mukanya berkerut kelihatan marah. Tetapi belum sempat suara amarahnya keluar, Amir berbunyi dulu. Serius.

"Aku nak jaga kau. Dan itu cara yang paling terbaik, cara yang paling aku nampak okay untuk kau dan aku. Aku—"

"Woi, lama angah tunggu."

Perhatian mereka berdua teralih.

Keva di dalam bengong. Rasa marahnya tadi lesap begitu saja. Matanya terkebil-kebil pula memandang seorang gadis bertudung di hadapan mereka. Senyumnya tidak terukir walaupun gadis itu menghulurkan senyum kepada dia.

"Angah call tak angkat. Rupanya jual minyak dekat sini. TBS ni ramai orang tau, along? Besar pula lagi. Ish. Angah penat lah."

Keva tunduk apabila gadis itu dengan selambanya melabuhkan duduk di sebelah Amir, menjadikan Amir berada di antara dia dan gadis itu. Keva tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Dia rasa tidak betah. Memikirkan kata-kata Amir hanya serupa mimpi, tetapi macam tidak. Akan tetapi kemunculan tiba-tiba gadis itu serupanya kembali menyedarkan dia akan betapa tidak mungkinnya wujud seorang lelaki yang tahu asal-usul dia, malah yang mengetahui kejadiannya semenjak kecil lagi, boleh mengajaknya berkahwin... lagi pula Amir serupa sudah tidak memerlukan dia sebab kelihatan sibuk dengan gadis itu, maka Keva memutuskan untuk bangun dan melangkah pergi saja.

"Keva, kejap."

Punggungnya tidak sempurna meninggalkan kerusi lagi, Amir sudah menahannya daripada bergerak. Dia yang masih merasa umpama dibius, hanya akur. Apa yang dah jadi?

"Kau call ke?" Amir bertanya kepada Maisara di sebelahnya sambil mengeluarkan telefon pintar daripada poket seluar. Keningnya terangkat apabila membaca bilangan miss call yang ditinggalkan adiknya ini. "Oh, tadi before along mai sini, along dalam meeting. So along kasi silence. Kau call memang masuk voicemail. No sorry." Amir tersengih kepada Maisara.

Maisara mencebik. Matanya mengerling si perempuan yang kaku di sebelah kiri abangnya. Dia berbisik tanya dengan niat bergurau saja. "Siapa tu? Girlfriend?" Sebab ye lah. Tidak pernah abangnya ini dilihat bersama perempuan. Kerana itu perkataan "gay" ada ditujukan kepada abangnya ini oleh beberapa orang saudara-mara. Kurang ajar, kan? Tetapi satu-satunya abangnya ini tetap tenang jiwa cuma.

Amir terus senyum di dalam gelengan kepalanya kepada Maisara. "Better." Amir rasa gembira, itu yang pasti. Kenapa? Itu yang tidak pasti.

Kening Maisara berkerut serentak matanya terkejut memandang abangnya. "Means?"

"Dia Keva." Amir masih dengan senyum. "Bakal isteri along."

Maisara terus ternganga. Luas. Matanya bulat terang-terang kembali ke muka Keva yang masih beriak confuse dan bengong.



"Nah. Kau pakai ni lepas tu tunjuk dekat aku. Ingat. Kita tengah rushing tau?"

Amir berbunyi. Kemudian dia menghadiahkan senyuman kecil kepada Keva yang masih memandangnya dengan mata terkebil-kebil. Cuba untuk menenangkan si budak ini. Sedari melangkah ke dalam butik terdekat ini tadi, mata Keva terkebil-kebil dan muka itu sungguh lah macam kena pukau. Hanya ikut dan ikut saja dia yang menyeret ke sana dan ke sini. Amir menahan tawa lucu dan perlahan dia menolak belakang perempuan ini masuk ke dalam fitting room.

Amir berdiri dengan senyum di bibir. Aku dah ada bakal isteri, hehe. Mata kepada pintu fitting room yang sudah tertutup rapat dengan kedua tangannya menyeluk poket seluar. Kemudian, senyumannya mati selari keluhan pula yang dia lepaskan perlahan. Ya Allah, moga betul lah tindakan aku ni.

Girl Called KevaWhere stories live. Discover now