"Saya minta maaf. Saya bukan nak buang akak, saya bukan nak kurang ajar dengan akak sebab tolak pelawaan akak nak duduk sekali tu. Akak dah banyak tolong saya kot. Tapi lepas apa yang dah jadi, saya malu. Saya taknak akak dengan keluarga akak simpati dengan saya, malah akan lebih simpati dengan saya. Saya..." Keluhannya terlepas. "...dah taknak duduk dekat sini. Saya nak lari dari KL ni. Saya taknak benda lama terus timbul kejar saya. Kalau boleh saya taknak ingat pun. Saya taknak nanti... akak dengan Zehar pandang saya lain. Saya nak sendiri. Saya nak cari... masa depan saya sendiri."
Berhasilkan kerja kosong yang dia jumpa di Facebook, berbakikan wang biasiswa yang macam dihalalkan saja untuk dia walaupun dia berhenti belajar sesuka hati dengan cara pakai letak je surat berhenti belajar di pejabat canselor, Keva menuju ke bandar Kuantan di Pahang.
Bekerja di restoran makanan Barat dan Timur, disediakan hostel berupa sebuah rumah teres yang diduduki seramai enam orang dan disertakan makanan percuma, semuanya cukup. Malah macam lebih daripada cukup. Menjadikan dia bertahan sampai enam bulan sudah sekarang bekerja di situ memasuki tahun baru.
Tetapi, dia masih mengehadkan pergaulan. Dia malas hendak berkawan dan bergaul. Dia masih 'a loner', si penyendiri. Alah macam dia sebulan lebih di kolej dulu lah. Dia menolak semua orang yang hendak mengenalinya rapat. Cumanya di sini, dia cuba untuk berubah. Untuk tidak cepat marah, untuk memurahkan senyuman kepada mereka yang menegur dan untuk berkelakuan sebaik mungkin apabila diajak berbincang sesuatu yang penting. Hasilnya, enam bulan di sini, tiada lagi yang berbisik di belakangnya atau memanggilnya creepy di tengah khalayak ramai. Itu perubahan ketara daripada masa dia di kolej dulu. Dan tak sangka dengan perubahan yang dia tidak berapa selesa tetapi memang amat baik itu, dia serupa mengecapi sedikit rasa gembira. Sebab itu lah dia boleh bertahan sampai enam bulan. Malah dia mula merasa sampai bila-bila dia hendak bekerja di sini.
Dan Keva sentiasa ingat terngiang-ngiang akan pesanan si mamat piza yang dia sudah pun lupa namanya itu. Hati yang baik. Dia berusaha untuk mempraktikkan kehidupan yang begitu.
Keva tak kisah langsung malah itu yang dia suka kalau mereka di sekeliling tidak melibatkan dia di dalam bulatan mereka. Di setiap kali kawan sekerja atau kawan serumah melepak dan ketawa bersama-sama dengan dia tidak menurut serta, berkongsi cerita mengenai crush, drama TV, majlis kahwin antara mereka, barang-barang mekap, hal bos yang cerewet dan sebagainya, sumpah dia tak rasa dipinggirkan pun. Mereka ketawa girang dan dia diam di sini bermain telefon bimbit dan kadang-kadang menghisap rokok, memang dia takde rasa serupa alien pun.
Sangat tidak sama ketika di kolej dulu. Pandangan dan pengadilan daripada sekeliling tiada yang menemaninya di sini. Dia duduk sendiri dan membuat kerja sendiri. Fikiran lampau kian tidak menjengah ketika dia jaga. Dan semakin tidak mengganggu tidur malamnya dah. Itu yang membuatkan dia suka sangat.
Ada sesetengah mereka yang membuli pun dia tak kisah. Kerana semua kerja itu boleh membuatnya tidak melayan sangat sebarang rasa yang tidak enak. Dan seterusnya memenuhi masanya tanpa perlu dia termangu-mangu sendirian.
Cuma memang, untuk dia melepak semeja dan ketawa bersama mereka, Keva tak boleh. Kerana dia tidak mahu rasa ditinggalkan, tidak mahu rasa kembali berseorangan setelah dia gembira mempunyai beberapa orang teman nanti. Sekarang dia dah rasa gembira sikit, ya. Tetapi dia taknak gembira banyak-banyak. Kerana perasaan itu amat asing dan sesuatu yang menakutkan untuk dia. Jadi, dia pasang sempadan daripada melibatkan emosi dan perasaan semasa berurusan dengan mereka.
Keva selesa dengan cara itu. So be it.
Lagipun ramai kawan yang tikam belakang sekarang ini. Dia pula mempunyai trauma yang lagi tinggi daripada itu. Dia paranoid. Mereka pun masih tidak selesa dengan sikap dan kekurangannya, membuatkan lagi lah dia tidak mahu berkawan. Walau secuit pun kalau ada di kalangan mereka yang membangkitkan pasal dia di belakang, dia memang tidak kisah. Sebab dia tahu, semua itu bukan salah dorang pun. Salah dia. Sebab dia memang seseorang yang susah. Asalkan tiada pandangan simpati atau hina, tiada cebikan nyampah dan tiada nyata bisikan mengumpat macam sewaktu di kolej dulu, dia memang sangat merasa okay.
YOU ARE READING
Girl Called Keva
RomanceC O M P L E T E D Only available from Prologue-Chapter 20; incomplete published in Wattpad. Keva; a Lolita "I am just so tired of everything." - Keva Seorang Keva Alexandra. Yang bernorma hidupkan sumbang mahram (incest) sejak di usia lima tahun. Hi...