3

10.3K 529 50
                                    

Keva memandang pemberitahuan di papan kenyataan mengenai Father's Day untuk keesokan hari. June 16th.

Sungguh dirinya rasa mahu muntah.

Kebetulan pula esok ada kelas Literature. Confirm prof mat saleh tu buka topik ni. Blerh. Tak perlu nak heboh sangat macam Hari Guru. Keva menyepak dinding di hadapannya melepaskan rasa bengang. Dan baharu saja dia berpusing hendak berlalu...

"Woi!"

Keva terbongkok, menahan sakit di dada perempuannya yang sejenis besar tetapi bentuk tubuh pula kurus begini. Menjadikan impak langgaran itu sungguh mencucuk begitu menyentak di bahagian sternum. Rasa macam langgar batu! Dia angkat muka memandang tajam akan si lelaki yang berkerut memandangnya. Tak habis-habis mamat piza ni! Keva merusuh terang-terang, serupa lembu gila lagaknya. Dia tunduk mencapai buku di lantai sebelum bergerak pergi.

"Dasar takde adab. Jalan tak pakai mata. Bukan nak minta maaf."

Keva terhenti. Matanya tajam menjeling si lelaki tadi yang masih tidak berlalu.

"Kau takde tempat lain ke nak hantar piza?! Sini juga tempat kau! Semak!"

Amir yang mendengar terangkat kening. "Cakap macam tak pakai otak. Woi, dah kerja aku. Kau ingat aku suka sangat nak jumpa kau? Ha? Gila."

Amir mencebik. Dia menyangka selepas pertemuan mereka di warung di malam dua minggu lalu, mungkin akan membuatkan perempuan ini lebih baik dengannya lah. Tetapi setiap kali mereka bertembung selepas itu, perempuan ini masih juga seorang perempuan yang memang tiada adab. Malah, semakin kurang ajar pula tingkahnya. Suka cari gaduh, mencarut suka hati, pemarah macam apa.

Keva memandang geram akan belakang badan lelaki itu yang hendak berambus pergi. Bahana baran di dalam hati, laju tangannya mencapai satu bata berwarna biru yang menjadi pagar tanaman bunga cantik di sisi. Baru tangannya bergerak mahu membaling, tiba-tiba ada suara lain pula yang menengking.

"Keva Alexandra! Awak nak bunuh orang pula ke?!"

Keva terhenti. Bata di tangan kanan, turut sama terhenti di dalam pegangan melepasi kepalanya. Berkerut wajahnya memandang kiri ke arah seorang pensyarah perempuan gemuk yang berkaca mata. Lecturer ni tak mengajar aku, nak sibuk apa fasal aku?! Mesti students dia bawa mulut fasal aku ni.

Keva baru mahu melawan kata-kata pensyarah itu apabila bata di tangan kanannya tiba-tiba diambil. Berkerut keningnya dengan pergerakan mamat piza yang mengambil bata itu, dan kemudian kembali diletakkan di tempat asalnya di sisi tanaman bunga.

"Sorry, ma'am. Perempuan ni ada masalah dengan saya sebenarnya. Saya cakap dengan dia sekarang. Ma'am tak perlu nak tambah demerit dia, ya?"

Keva semakin memandang benci akan si lelaki ini, yang menganggukkan kepala tanda meminta maaf kepada pensyarah gemuk tadi. Dan mulutnya terus ternganga luas sebaik saja tanpa isyarat, tangannya diseret pergi oleh lelaki ini. Dirinya ditarik jauh daripada pensyarah tadi juga daripada pelajar di sekitar.

Dah kenapa mamat ni?!

Keva cuba melawan. Langkah lelaki ini panjang daripada dia menyebabkan langkahnya sudah bertukar kepada larian kecil. Sambil itu, tangannya yang lagi satu tidak henti-henti menampar lengan lelaki ini minta dilepaskan. Apabila sudah di luar bangunan fakulti, baru lah lengannya dibebaskan.

"Kau dah kenapa?!" Kuat terus tengkingannya naik. Tangan kiri laju menggosok-gosok lengan kanannya. Mahu melegakan rasa sakit juga mahu menghilangkan rasa jijik selepas dipegang oleh si lelaki tidak berguna itu.

"Sakit sangat ke?"

Keva bulat mata. Boleh dia tanya macam tu? Memang malas mahu melayan, kakinya berpusing ingin berlalu. Tetapi lagi sekali, lengannya dipegang. Laju dia rentap kembali dengan suaranya lagi sekali menyembur. "Kau nak apa ni?!"

Girl Called KevaWhere stories live. Discover now