19

732 8 0
                                    

"Emm." Keva menelan liur berkali-kali.

Amir memandang Keva yang tunduk. Dia bergerak ke hadapan sedikit, untuk mendengar dengan lebih jelas.

"Aku... aku kena dengan daddy sejak aku lima tahun... macam aku bagitahu kau semalam. Masa... kau selamatkan aku dari anjing masa aku kecil tu, that's the first time, the first day." Keva mengerling sikit mencari wajah Amir. Dia nampak Amir mengetap rahang. Amir kelihatan marah.

Amir duduk di hadapannya. Entah kenapa, dia tidak selesa untuk bercerita yang seterusnya dengan mata Amir lurus kepadanya begitu. Amir faham akan pandangan Keva. Jadi dia bergerak bangun dan duduk di sebelah Keva.

Keva memandang Amir di sisinya. Amir tidak memandangnya pun. Malah cuma beriak santai menyuap sesudu mi goreng dan sesudu dan sesudu lagi. Keva menarik nafas. To make this work, to shall whether the marriage to be proceed or not, Keva sendiri perlu mengikut rentak dan mendedahkan semua. Dia sendiri sejujurnya memang mahu membuka semua.

So, please... help me.

"I lost my virginity at eight... to daddy. Pakcik dengan sepupu aku involve... lepas aku kena dengan daddy. Aku kenal pakcik dengan sepupu aku tu, aku panggil dia Mina... sejak aku tinggalkan Malaysia umur lima tahun tu lah. Tapi lepas aku... kena dengan daddy masa umur lapan tahun tu, baru dua orang tu... masuk."

Keva mengerling sisi Amir. "Aku lesbian juga."

Amir diam. Dia pandang mata Keva dalam-dalam. Dia nampak kehinaan di dalam sepasang mata cantik itu. Dia nampak ketakutan, dia nampak sungguh kerendahan, dia nampak rasa yang sangat mahu menanam diri sendiri hidup-hidup. Dia nampak yang Keva sudah sekian lama degrading and degrading her own self. Tak pelik lah kalau budak ni memang dah mati.

Mati rasa. Mati jiwa. Mati semangat.

"Sekarang... masih?" Amir berbisik. Tidak sempat dia menahan daripada soalan itu keluar.

Keva tunduk dan menggeleng. "Aku jijik. Aku jijik sumpah dengan title lesbian tu. I feel disgusted. Aku taknak pun... sepupu aku yang paksa."

Amir diam mengunyah mi gorengnya perlahan-lahan. Dia tidak mahu bersuara. Dia tidak mahu Keva semakin merasa tidak selesa. Jadi dia menunggu dan memberi sepenuh ruang kepada Keva.

Ambil lah sebanyak mana masa pun, dia tetap akan menunggu dan kekal memberi.

"Aku pernah mengandung."

Terhenti garfu mi gorengnya di hadapan mulut. Sebelum dia meneruskan suapannya. Sambil mengunyah, dia intai Keva di sebelah. Tubuh kecil perempuan itu kelihatan terketar-ketar hendak menangis.

"Masa aku 12 dengan 16. Dua-dua tu aku gugurkan... sebab daddy aku suruh. Dia dengan uncle takut masuk penjara."

Amir sudah tiada rasa mahu menghabiskan mi goreng. Dia meletakkan garfu dan kedua lengannya bersilang di birai meja, menahan aura badan yang dia rasakan mula sangat tak boleh nak duduk diam dah. Rasa nak tumbuk sesuatu, rasa nak bawa Keva lari ke luar Malaysia, rasa nak buru dan cari pendajal-pendajal itu semua. Perhatiannya seluruhnya kepada Keva di sisi yang agak meringkuk di dinding kedai. Dia beri seluruh ruang untuk perempuan itu menyorok di dinding daripada mata pelanggan lain. Asalkan budak ini merasa kuat untuk mendedahkan semua.

Dia sungguh hendak mengetahui segala-galanya. Daripada situ, dia tahu yang Keva akan boleh percayakan dia selepas dan selepas ini.

"Sejak aku 15 tahun, aku cuba lari dari daddy, dari uncle, dari cousin masa dekat Charleston. Tapi dorang selalu dapat tangkap aku balik. Masa dua tahun lepas... hujung tahun, daddy aku mati. Uncle cakap daddy dah kena bunuh dengan kawan dia, entah sebab apa. Uncle dengan cousin tarik aku balik Malaysia."

Girl Called KevaWhere stories live. Discover now