prologue

19.1K 837 150
                                    

Matanya hanya memandang. Turun naik kelopak matanya melayan rasa ingin tahu. Dan kemudian tanpa riak di muka, jemarinya kanannya bergerak mengusap kepingan gambar di tangan kirinya ini. Dia tidak pernah tahu akan kewujudan gerangan perempuan ini.

But daddy said, this is... her mother.

Bibirnya dikemam. Tangan kanan selepas itu serentak naik ke dahi, mengesat dahi seketika. Out of habit. Tangan kiri masih memegang kepingan gambar lama ini. Tangan kanan kemudian tidak lagi mengusap gambar, sebaliknya bergerak menyentuh kucing di riba.

Mother...

Mother...

Dia si kanak-kanak kecil yang baru berumur lima tahun. Tidak mengetahui apa-apa. Dan daddy, sejurus tadi baru membuka perihal mengenai "mother" kepadanya. Akibat dia yang menjumpai gambar ini ketika melihat daddy mengemas barang.

Keningnya berkerut. Tidak tahu suara apa lagi yang menegur hati, dan tiada apa lagi yang mahu dikisahkan. Dia cuma tahu, ini adalah "mother".

Tangan bergerak meletakkan gambar berkenaan ke tepi. Dan perhatiannya kini, sepenuhnya kepada si kucing di riba. Bibirnya tersenyum. Kucing ini bukan kucing peliharaannya. Kerana daddy tak suka kucing. Kucing ini pun hanya datang tatkala dia keseorangan di bangku taman.

Dia memang biasa di kawasan ini. Kerana sejauh dan sebesar ingatannya, ini lah persekitaran dia. Mungkin dia lahir di sini. Atau mungkin memang daddy tinggal di sini. Tetapi kanak-kanak tidak ramai di sini. Malah kakak dan abang juga tiada. Hanya didatangi dan diduduki oleh orang-orang tua serupa daddy sahaja.

Persekitaran apakah?

Akan tetapi, ini lah suasana dia membesar. Cuma ada daddy. Kadangkala kawan-kawan daddy yang hadir menemaninya berserta hadiah.

Hanya baru beberapa ketika yang lepas, kucing ini lah yang menjadi teman. Daddy entah hilang ke mana. Hilang sekejap dan kembali pulang. Hilang sekejap dan kembali pulang. Begitu lah kebiasaan yang daddy tunjukkan. Tetapi dia tidak takut ditinggalkan sendiri. Kerana sudah biasa. Ini lah kehidupan dia, kan? Normaliti untuk kanak-kanak sepertinya. Lagipun, ada kawan-kawan daddy yang menjaga.

Dan... ada si putih ini.

Bibirnya tersenyum lagi.

Cuma...

"Baby, soon, we're going to stay at my place. Out of here. Your uncle's there. And... you'll have a friend. Your cousin. You can play with her. And as soon as we get over there, I promise. We will not get to be messed around like this anymore. Okay?"

Sambil tangannya bergerak mengusik kucing ini yang menggigit jemarinya, sambil itu kepalanya memikirkan apa yang daddy katakan. Dia tidak faham. But, daddy said... "play". So, I can play over there? Over here? I cannot play? Emm... it's okay. I got daddy. No need to be scared.

Itu yang daddy selalu ulangi untuk diri kecilnya.

Kucing ini melayan pergerakan jemarinya yang bergerak meraba. Ketawa kecilnya terletus dengan gelagat si putih ini yang beria menggerakkan kepala ke atas dan kian ke atas mengejar tangannya.

Kucing ini kucing tepi jalan. A stray. Daddy very hate the stray. Tetapi, kucing ini bersih. Umpama kucing peliharaan. Bulunya putih bersih tanpa sebarang cela. Dan si putih ini tersangat lah comel. Hidung merah jambu, tapak kaki juga merah jambu.

Hehe. Diri kecilnya ketawa sendiri. Kesukaan bermain dengan kucing.

Ketawanya semakin keluar dengan keletah kucing ini dan dengan pergerakan jemarinya sendiri yang beria mengusik. Apabila tiba-tiba, dirasakan satu gigitan halus yang amat menyakitkan di bahagian bawahnya. Bahagian tubuh bawahnya yang tertutup.

Girl Called KevaWhere stories live. Discover now