"Ok papa. Reena pergi klinik dulu. Nanti Reena call apa or call grab ajelah" ucap Reena sambil cepat - cepat turun dari kereta papa.
"Ok! Reena call grab ajelah. Rasanya papa busy sampai malam ni"
"Ok Papa"
Reena pun menutup pintu dan melambai tangan kepada papa sampailah papa bergerak dengan keretanya.
Reena pun melangkah ke Klinik Zurina dan Rakan - Rakan. Nampak macam Klinik mahal juga ni. Ruang dalam klinik pun macam logi hotel. Kagum Reena seketika. Kemudian dia teruskan langkahnya ke kaunter.
"Saya ada temujanji untuk pemeriksaan kesihatan dengan Doktor Zurina, ini suratnya"
"Ok cik. Sila duduk dahulu. Kita buat semakan sekejap"
Reena pun duduk di sofa yang empuk tu. Terasa sejuk - sejuk aircond yang dipasang agak sejuk itu. Hati Reena pun bermain dengan pelbagai perasaan. Tak pernah lagi Reena pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan kesihatan. Rasanya tak pernah pun dia ke klinik sejak dari sekolah menengah dulu lagi. Setakat demam tu biasanya makan panadol sahaja dan terus kuatkan badan ke sekolah juga.
"Cik Syarifah Shareena. Boleh ke bilik No. 1" Panggil nurse dari sebalik kaunter mematikan lamunan Reena.
Reena pun bangun dan melangkah perlahan ke bilik No. 1. Tertera nama di bilik tersebut. Doktor Zurina. Reena syukur kerana berurusan dengan doktor wanita. Tidaklah terasa kekok fikirnya.
Pintu bilik dibuka oleh nurse tersebut dan ditunjukkan ke kerusi di sebelah meja doktor. Doktor Zurina pun tersenyum menyambut Reena. Terasa mesra di hati Reena memandang doktor yang secantik ini.
"Doktor. Saya kena buat pemeriksaan kesihatan"
"Iya cik.... Shareena. Eh Syarifah Shareena"
"Eh doktor... Panggil Reena aje"
"Haaa ok ok. Takut awak marah pulak salah sebut nama. Hehe"
"Taklah doktor... heee" Reena dah malu - malu.
"Ok. Tahniah saya ucapkan sebab dapat jawatan dari syarikat tu. So ni nak buat pemeriksaan biasa ajelah ye"
"Iye doktor"
"Ok. Jom baring kat katil ni"
Setelah hampir selesai semuanya proses tiba - tiba handphone Doktor Zurina berbunyi.
"Sekejap ye cik Reena."
Sedang Doktor bercakap di telefon Reena memandang ke seluruh kawasan bilik Doktor tersebut. Tiada apa yang menarik. Hanyalah dipenuhi dengan carta - carta kesihatan yang Reena sendiri tidak faham.
"Cik Reena" Ujar doktor perlahan.
"Ye doktor"
"Saya minta maaf sebab tak dapat nak habiskan pemeriksaan ni atas sebab kecemasan. Reena boleh pilih nak re-schedule balik atau boleh teruskan dengan Doktor Pradeep"
"Kalau re-schedule bila tu doktor"
"Nurse check kan sekejap bila next available slot" Arah doktor pada nurse.
"Doktor, paling awal 2 minggu lagi doktor"
"Nampaknya Reena awak kena pilih lah sekarang. Datang semula lagi 2 minggu dan kemungkinan kena tangguh juga kemasukan awak ke syarikat tu. Atau teruskan dengan Doktor Pradeep hari ini juga"
Reena berfikir panjang. Kalau boleh nak cepat masuk kerja. Dia sudah penat mencari kerja interview sana sini. Mestilah dia nak cepat - cepat dapatkan kerja.
Jadi dia putuskan.
"Saya teruskan dengan Doktor Pra... ape nama dia Doktor?"
"Doktor Pradeep. Takpe jangan risau, dia gentle aje tak makan orang"
"Ok doktor."
"Nurse, bawak cik Reena ni ke bilik No. 2"
"Ok doktor. Cik Reena, jom ikut saya"
Reen pun mengikut sahaja nurse ke bilik No. 2 yang sedikit belakang. Dari lobi klinik tak nampak pun pintu bilik No. 2 ni.
Tok! Tok!
"Masuk" Suara lelaki yang tegas kedengaran dari dalam bilik.
"Cik Reena tunggu sekejap ye" Nurse masuk ke bilik No. 2 dan menutup semula pintu.
Reena hanya berdiri di hadapan pintu dan menunggu. Lebih kurang 15 minit menunggu pintu bilik No. 2 pun terbuka.
"Cik Reena sila masuk" Nurse memanggil Reena masuk sambil merapikan skirtnya.
Reena pun melangkah masuk.
...
YOU ARE READING
Bilik No 2
De TodoDari bilik Doktor Zurina Reena terpaksa ke bilik Doktor Pradeep tanpa Reena ketahui itulah saatnya dia tersalah membuat keputusan...