EPISODE 12

4 1 0
                                    


EPISODE 12

~ PROPOSE ~

2 HARI SELEPAS KEMATIAN ARRA.

Irfan bangun dari tidurnya agak lewat kerana terpaksa menyiapkan assignment yang perlu di hantar hujung bulan.

Dia melihat jam di telefonnya menunjukkan pukul 11:30 tengah hari.

"irghhhh lewatnya, mesti abang-abang senior ni marah nanti"

Irfan segera melompat masuk ke dalam bilik airnya, beruntung sekali buatnya diberikan bilik yang terdapat bilik mandi sekali.

Pada masa yang sama.

Aqil yang duduk di beranda sedang mendail nombor telefon diana.

*Tuuttt tuutt*

Bunyi Telefon diana berdering.

"hii aqil sayang busyuk busysuk, masyam masyam, comel comel" sapa diana sebaik sahaja dia menjawab panggilan aqil itu.

"haihh dah dah lah dengan panggilan tuh, kita dah besar" kata aqil menyampah.

"eh eh, biar lah, i nak manja manja dengan kekasih hati i" kata diana gedik.

"berapa kali saya cakap, kita berdua nih takde apa-apa pun, nih saya ade something nak bagitau awak, pasal kita" kata aqil.

"haaa pasal kita apa tuh, eyy cakaplah cakaplah" diana betul-betul ingin tahu perkara itu.

"esok petang jumpa dekat kedai makan tempat kita makan hari tuh, lepas saya habis kelas esok saya bagitau" jelas aqil.

"okay baby, muah muah" diana meletakkan panggilan.

"agaknya apa yang dia nak cakap eh, eyy tak sabarnya!" lonjak diana dengan gembira.

DI RUANG TAMU RUMAH SEWA LELAKI.

Mereka seperti sedang membuat satu perbincangan besar di ruang tamu.

"kau kena cepat ikat dia faisal, benda dah 2-2 suka, apa lagi yang kau nak tunggu" kata fathu.

"haah lah, banyak peluang kau dah lepaskan, patut dekat pantai hari tuh kau dah lamar alia, kan dah sia-sia kat situ, sia sia je kitorang semua berpecah hari tuh" sambung danish pula.

Faisal menjadi buntu dengan tindakan apa yang dia perlu buat sekarang ini.

"susah korang, susah, korang faham tak apa yang aku nak buat sekarang?, aku nak melamar seseorang, benda nih bukan benda kecik wehh, aku akan jadi suami kepada seorang isteri, aku kena tanggung dia, aku kena jaga dia seumur hidup aku, korang semua tak fikir ke semua tuh?, tanggungjawab yang aku kena pikul lepas nih, besar dow besar!" luah faisal dengan perasaan yang penuh bercampur baur.

Dalam fikirannya, dia mahu melamar kekasihnya alia, tapi hatinya berkata sebaliknya.

Hatinya ragu-ragu untuk melakukan perkara tersebut kerana atas tanggungjawab yang perlu dipikulnya satu hari nanti.

"kau fikir macam-macam, memang lah kau takut" kata fathu.

Daniel menggelengkan kepalanya memandang faisal.

OUR LOVE NEXT DOOR  ( SEASONS 2 )Where stories live. Discover now