EPISODE 6

7 1 0
                                    


EPISODE 6

£ ROMANCE £

Irfan berbaring meniarap di atas katil biliknya.

Fikirannya bercelaru memikirkan tentang kekasihnya arra.

Lantas dirinya bangun dan menggapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja belajar bersebelahan katilnya.

Dibukanya telefon tersebut dan terus mendail nombor kekasihnya itu.

*riinggg rringggg*

DI SEBUAH RUMAH.

Telefon Arra berdering betul-betul di sebelah telinganya.

Arra yang tengah dibuai mimpi terjaga dan dengan mamai melihat ke arah telefonnya.

Ternampak Tulisan 'IRFAN❤️' muncul di telefonnya menunjukkan irfan sedang menelefoninya.

Arra mendengus.

"apahal pulak pagi-pagi telefon aku" marah arra.

Arra membiarkan panggilan tersebut dan menutup kepalanya dengan bantal.

Telefonnya berhenti berdering.

Tiba-tiba.

"siapatu sayang?, asal tak angkat"

Muncul seorang lelaki yang bertubuh tegap keluar dari toilet dan baring di sebelah arra.

Dia kemudian membelai rambut arra dengan lembut.

Dari rambut terus turun kebahu, dari bahu turun ke pinggang, dan seterusnya.

"takde siapalah, i penat nih, nak sambung tidur balik" kata arra tanpa memandang lelaki tersebut.

Irfan mencemus kuat.

Dia menutup kepalanya dengan kedua belah lengannya, badannya terasa panas, kepalanya menjadi pening kerana banyak memikirkan tentang dimana kekasihnya berada.

Baru sahaja dia nak melelapkan matanya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

Irfan terkejut, dia menjadi pelik dek kerana jam sudahpun menunjukkan pukul 2:30 pagi dan pintu biliknya diketuk.

Irfan bangun menuju ke arah pintu.

*bam bam bam!*

Pintu diketuk makin kuat.

Irfan gementar.

Tangannya terketar-ketar membuka kunci dan memulas tombol pintu bilik.

*ktang* bunyi kunci pintu bilik dibuka.

*BANGGG!*

Pintu bilik irfan seakan ditendang kuat dari luar.

"IRRRGHHHH!!"

Irfan menjerit kuat, dia sempat melemparkan tubuhnya ke katil untuk mengelak dari terkena pintu bilik tersebut.

Danish dalam keadaan mamai masuk ke dalam bilik irfan.

OUR LOVE NEXT DOOR  ( SEASONS 2 )Where stories live. Discover now