EPISODE 19

2 0 0
                                    


EPISODE 19

• THE ONE WITH THE BIRTHDAY PARTY •

KEESOKAN HARINYA.

3 HARI SEBELUM PARTI HARI JADI AMIRA.

Daniel dan Amira meluangkan masa bersama dari pada pagi hingga ke petang  di sebuah Mall.

Daniel memandang wajah amira, tampak berseri-seri wajahnya kerana dapat bersama seharian dengan teman lelakinya.

Namun begitu, hati daniel masih tidak tenang kerana masalah yang dihadipinya.

Biarpun daniel mempunyai banyak waktu berdua bersama dengan kekasihnya, namun dirinya tidak termampu untuk menceritakan hal sebenar dan sebab ketidakhadirannya di parti hari jadi kekasihnya kelak.

"daniel?, awak okay tak nih?" tanya amira sebaik sahaja dia perasan yang daniel seperti tidak keruan berjalan di sebelahnya.

"eh okay je, kenapa tak okay, saya nampak macam tak okay ke?, saya okay je, saya okay je" kata daniel tergagap-gagap.

Mereka berhenti berjalan, amira memandang daniel dengan penuh hairan. Dia menyilang tangannya dan menatap tepat ke mata daniel.

Daniel mengeluh.

"haihh, okay fine, saya ade benda penting nak bagitau awak"  kata daniel.

"bagitau jelah, apa yang nak ditakutkan sangat" kata amira.

"pleasee bukan dekat sini, kita singgah restoran dalam mall ni kejap, boleh minum-minum" ajak daniel.

Amira pula mengulah.

"alaahh kan baru je kita habis makan tadi, kenapa tak bagitau je sambil jalan, penting sangat ke?" tanya amira dengan nada tegas.

Daniel memandang amira dengan muka yang serius.

"yee awak, penting sangat" kata daniel dengan serius.

Amira sedikit terkejut apabila melihat daniel betul-betul serius dengan hal yang dia mahu katakan.

"okay" balasnya kecil.

Di Sebuah restoran di dalam Mall.

Pelayan memghampiri ke meja makan daniel dan amira lalu meletakkan dua gelas air minuman di atas meja makan mereka.

"terima kasih" kata daniel kepada pelayan tersebut.

Daniel memandang amira dengan penuh kerisauan.

"so, what do you want to talk about?" tanya amira.

"wah wah, speaking orang putih nampak, sheeeshh..."

"please stop it daniel, kalau awak ade benda penting nak cakap, cakap lah cepat"  tegas amira memotong gurauan daniel.

"okay okay, baiklah" balas daniel lalu mengambil nafas panjang.

"saya nak kena balik semula ke luar negara " kata daniel dengan suara yang tersangkut-sangkut.

Dia kemudian menutup telinganya untuk bersedia kalau-kalau amira menjerit di depan mukanya.

OUR LOVE NEXT DOOR  ( SEASONS 2 )Where stories live. Discover now