EPISODE 10

7 1 0
                                    


EPISODE 10

~ THE ONE WITH ALL CONFESSIONS 2 ~

( DANIEL DAN AMIRA )

Pasangan bercinta itu berjalan berpegangan tangan di jambatan tergantung yang berdekatan di pantai tempat mereka berkelah.

Mereka berjalan sehingga ke penghujung jambatan, di situ terdapat seperti tempat rehat untuk pengunjung berehat dan menikmati pemandangan indah di atas pantai.

Tampak kelihatan tiada seorang pun yang berada di tempat rehat itu.
Daniel dan amira mengambil peluang ini untuk duduk di situ sebentar dan bermanja.

Mereka berciuman sambil berpelukan erat dari pinggang ke pinggang.

Tubuh mereka yang basah membuatkan situasi ciuman itu semakin hangat.

Daniel dan amira tersenyum.

Daniel melihat pakaian amira sebaik sahaja mereka selesai berciuman.

"sejak bila awak pandai pakai seksi seksi nih" kata daniel tersenyum.

"yasmin yang belikan untuk saya, saya pakai je la,kalau ikutkan saya taknak pakai pun, tapi sebab ade awak, hehe saya pakai lahh, lawa tak?" amira bermanja-manja dengan daniel.

Dia melentikkan badannya, menunjukkan pakaian bikini barunya itu.

"Always" balas daniel.

Daniel menatap tajam bahagian pinggul sebaik sahaja amira mula melentik.

"eyy gatal!" marah amira mencubit pinggang daniel.

Daniel merintih kecil.

Dia kemudian mengangkat amira dengan tinggi lalu menciumnya.

Amira bertindak balas dengan gerakan itu, dia terus melompat kecil duduk di atas peha daniel lalu membalas ciuman tersebut.

Mereka berciuman kali kedua.

Indah dan Bahagia betul pasangan yang bercinta ini.

Salah satu perasaan yang sangat bahagia iaitu berpelukan dengan orang yang kita cintai.

"janji dengan saya yang awak takkan pernah tinggalkan saya" kata amira.

Amira memandang tepat ke dalam mata Daniel.

Daniel seperti terkejut apabila mendengarnya.

Mereka terus berhenti berciuman.

Amira menjadi pelik, dia bangun lalu duduk di kerusi bersebelahan dengan daniel.

"kenapa nih awak?" tanya amira dengan nada pelik.

"saya takboleh janji benda tuh" kata daniel.

Amira terkejut, dia terasa sedikit perasaan amarah keluar dari dalam dirinya.

"kenapa?, apa salahnya janji?, ke awak ade orang lain?, atau sebenarnya awak tak cintakan saya?" amira memberi soalan bertubi-tubi kepada daniel.

OUR LOVE NEXT DOOR  ( SEASONS 2 )Where stories live. Discover now