EPISODE 20

3 0 0
                                    


FINAL EPISODE

EPISODE 20.

' 5 YEARS LATER '

5 TAHUN KEMUDIAN.

Aqil sedang mengemas barang lamanya sewaktu dia menetap di sebuah rumah sewa pada zaman UNIVERSITInya dahulu.

Sedang dia menggeledah kotak lamanya itu, tiba-tiba dia terjumpa sekeping gambar lama iaitu gambar dirinya dan seorang perempuan yang tidak dikenalinya.

Aqil keliru, dia kemudian membelakangi kepingan gambar itu dan terlihat ada tulisan yang tertulis di belakang gambar itu.

" CINTA HATIKU YASMIN "
tulisan yang tertulis di belakang kepingan gambar itu.

" siapa yasmin? "
bisik aqil keliru.

Pertanyaan yang sering bermain difikiran aqil sejak 5 tahun yang lalu.

Langsung tidak terlintas atau teringat di kepala kisah silamnya dalam tempoh 5 tahun itu.

Apa yang dia tahu pada 5 tahun lalu, hanya tempat belajar dan tempat tinggal sewaktu dia belajar di University dahulu.

Tidak banyak yang aqil tahu dalam tempoh itu.

Hanya seorang lelaki tinggi yang bernama ' Fathurahman ', dipercayai kawan baik aqil pada zaman belajarnya dahulu telah menceritakan kejadian malang yang menimpa aqil sehinggi dia hilang ingatan.

Katanya, aqil sedang melintas jalan dan telah dilanggar oleh sebuah motosikal berkuasa tinggi sehingga kepalanya terhentak kuat di bahu jalan.

Aqil masih lagi buntu dengan cerita tersebut, tidak percaya bagaimana dia boleh melintas tanpa menyedari motosikal berkuasa tinggi yang menuju ke arahnya.

Fathu jugak sedikit-sedikit ada cerita tentang rakan-rakan lama aqil yang dahulu.

Terutamanya ialah irfan,danish,faisal,daniel,farah,hanna,
amira,alia, dan athirah.

Tapi sayang, apabila aqil hendak bertanya tentang yasmin, fathu seperti mengelak daripadanya, tidak pernah fathu menceritakan tentang kisah yasmin dengan dirinya kepada aqil.

Aqil redha, dia menganggap mungkin dirinya pernah melukakan hati yasmin sehingga yasmin sendiri suka dengan apa yang berlaku terhadap diri aqil sekarang.

Mengikut doktor, selepas kepala aqil terhentak kuat dan koma selama 2 tahun.

Ingatannya hanya pulih setakat sehingga dia berumur 17 tahun sahaja. Ingatan sepanjang dia berumur 18 dan 19 tahun langsung terpadam dan dipercayai tidak akan kembali lagi. Campur pula aqil yang koma selama 2 tahun pada umur 19 nya. Dia telah pun dibuang dari universitynya dan sekarang hanya bekerja di pasarraya besar berdekatan dengan rumahnya.

Sejak aqil koma, hanya fathu lah yang sentiasa ade dan melawatnya, bukan yang lain tidak melawat, cuma sepanjang waktu aqil koma 2 tahun itu, rakan-rakannya yang lain banyak melakukan hal sendiri.

Pasangan Suami isteri, faisal dan alia. Mereka sibuk dengan kelahiran anak pertama ' Maisarah '.

Irfan dan Athirah dalam proses pertunangan.

OUR LOVE NEXT DOOR  ( SEASONS 2 )Where stories live. Discover now