EPISODE 16

3 0 0
                                    


EPISODE 16

• FATHU AND ZAHRA •

DI SEBUAH KEDAI MAKAN KECIL.

"saya mintak maaf menganggu awak time-time macam nih, tapi saya berterima kasih sangat sebab awak sanggup gadai masa awak untuk menceritakan tentang hal nih" kata farah pada shahrul.

Shahrul mengangguk kecil.

"eh takpe, lagipun awak kata fathu suruh saya ceritakan semua perkara dekat awak, saya hormati keputusan dia, saya pun faham perasaan dia, mungkin terlalu berat untuk dia ceritakan kisah dia" kata shahrul.

Farah tersenyum.

"fathu mesti orang yang baikkan, sampai awak sanggup tolong dia walaupun dah lama tak berjumpa dengan dia" kata farah.

Shahrul tergelak kecil,mukanya kemudian berubah sedikit demi sedikit menjadi sedih.

"dia tu memang baik, sangat baik, sebab tu saya dah anggap dia macam abang saya sendiri, dan saya sendiri gembira bila dapat tahu yang dia bercinta dengan kakak saya" terang shahrul.

Farah sedikit berasa serba salah, namun disebabkan perasaan ingin tahu kisah silam fathu, dia terpaksa memaksa shahrul untuk menceritakan kepadanya.

"shahrul, minta maaf kalau saya buat awak rasa sedih macam nih, tapi kalau tak keberatan, boleh tak awak tolong ceritakan perkara sebenar yang terjadi pada fathu dan kakak awak dari mula sampai akhir, saya nak tahu" rayu farah.

Shahrul memandang farah.

Dia kemudian memandang keluar tingkap yang berdekatan dengan tempat duduk mereka.

"nasib baik kakak selalu cerita pasal dia" kata shahrul ketawa kecil.

"semuanya bermula 4 tahun lepas semasa fathu dan kakak saya mula-mula masuk university"

4 TAHUN YANG LALU 

"zahra!!" panggil kawannya dari belakang.

Zahra memaling kebelakang.

"ade apa nih nisa, terjerit-jerit" marah zahra.

"alahh, biarlah, ni aku nak tanya kau, bilik course kau dekat mana, senang lah nanti aku nak tunggu kau bile aku habis kelas awal" tanya nisa.

"itulah, aku pun tak tau, U ni besar lah, pening kepala aku dok pusing-pusing tapi tak jumpa" rungut zahra.

"ehh yeke, takkan lah tak jumpa lagi, meh aku tolong kau carikan nak tak?" ajak nisa cuba menolong rakannya.

"ermm boleh jugak" balas kecil zahra.

"OII OII, tepi sikit bolehtak, duduk kat tengah jalan ni kenapa haa?!" kata hafiz.

Nisa dan Zahra terkejut bila diri mereka ditegur oleh sekumpulan lelaki yang merupakan mahasiswa baharu juga sama dengan mereka berdua.

"dah apahal, jalan ni bukannya kecik, banyak lagi ruang korang boleh lalu kan" marah nisa.

"oii nisa, dah lah jom" kata zahra yang ketakutan kerana tidak biasa bercakap dengan lelaki.

OUR LOVE NEXT DOOR  ( SEASONS 2 )Where stories live. Discover now