“Diba...”Ternaik bahu Adiba. Lekas dia mengesat air mata di pipi. Tidak sedar sejak bila lelaki itu sudah berada di hadapannya. Pipi yang masih basah tadi diusap dengan jari kasar Naim. Makin berderai air mata Adiba.
“Kenapa tak lawan tadi?”
Adiba masih membisu. Sah, Naim ada terdengar perbualannya bersama mak su. Terasa tebal kulit mukanya ketika ini. Malu kerana Naim tahu punca dia menangis di sini.
“Lain kali lawan. Abang tak suka Diba diamkan aje apa yang mak su cakap tadi.” Sakit juga hatinya tadi mendengar kata-kata hinaan mak su. Adiba seperti biasa hanya berdiam diri saja.
“Diba dah biasa.”
“Sebab tu abang nak Diba berubah. Jangan biarkan orang lain hina Diba.”
“Diba tak nak timbulkan masalah. Mungkin dengan cara tu, hati mak su puas.”
Naim mengeluh lemah. Mahu saja dia berterus terang kepada ahli keluarganya yang lain tetapi dari awal lagi Adiba sudah menghalang. Tubuh Adiba ditarik masuk ke dalam pelukannya. Belakang tubuh isterinya diusap perlahan.
Pelik. Adiba langsung tak menghalang. Malah makin laju air matanya mengalir. Wajahnya semakin menempel ke dada Naim. Kedua tangannya turut membelit pinggang si suami. Masih terdengar lagi suara mak su menghina arwah ibunya. Sampai bilalah mak su terus menghukum dia disebabkan kesalahan orang lain?
“Malam ni abang nak temankan Diba.”
Adiba mendongak ke atas. Senyap. Mulutnya ingin membantah tetapi hatinya melarang.
“Abang tidur sini.”
🔥
Tinggal 2 teaser lagi. Lepas ni kita ulang yang sama ya✌️ selebihnya tunggu buku.
P/s: p0ster di bawah ni, syarat fre e pos penambahan buku Mia Azwari, hanya melalui penulis sepanjang PO shj ya. Tq😊
Nk jimat blhlah ambil kombo. Buku yg masih rea dy dgn akal
-Tak Mungkin Hilang
-Dosa ( terhad)
- Mengejar Cinta Dudaku
- Terus Setia Menjadi Imamku ( bakal siap minggu dpn)
- Suri Hati Encik Serius (hanya yang masih belum beli lagi)
-The Fighter ( cerpen)Berminat wasap 0129284568
YOU ARE READING
Hey! My Husband ( Hanya ada Versi Ebook Di Esentral )
RomancePreorder BLURB: Hey My Husband! ( Mia Azwari ) 'Perampas'... Perkataan yang paling dibenci dalam hidup Adiba Riana. Disebabkan kisah silam keluarganya, dia sering dikaitkan dengan perkataan itu. Bukan mudah dibesarkan oleh keluarga yang pernah memp...