Ready Stock

1K 42 2
                                    

RE Ady sto ck❤️

“Nak balik dengan budak patah tu?”

“Budak patah mana pula ni?” Bengang Adiba. Pening juga dia melayan kerenah Naim sekarang. Tertelan buntut ayam agaknya selepas bertunang. Tiba-tiba berlagak seperti seorang abang.

“Budak Ali tu...”

Tergelak Adiba. Sesuka hati saja Naim mengubah nama orang.

“Alias. Nama manja dia Ally. A-L-L-Y.” Sengaja Adiba mengeja nama itu. Biar lelaki itu tahu menyebut nama Alias dengan betul.

“Jadi betullah tengah tunggu budak patah tu?” soal Naim sekali lagi. Dia tidak berpuas hati selagi Adiba tidak menjawab soalannya. Walaupun lelaki itu lembut, pasti ada sedikit perasaan terhadap wanita. Lebih-lebih lagi dia dapat mengagak melalui cara lelaki lembut itu memandang Adiba semalam.

“Yang awak sibuk sangat ni kenapa? Suka hati sayalah nak tunggu budak patah ke, Fattah Amin ke! Soalan saya pun awak tak jawab semalam. Sekarang sibuk pula nak ambil tahu hal saya.” Puas hati Adiba selepas berjaya meluahkan rasa amarahnya.

Naim menghembus nafas sedikit kasar. Giginya diketap geram. Dia tidak suka Adiba yang sekarang. Tangan gadis itu ditarik kasar ke suatu sudut dan sengaja dia merapati gadis itu. Kalau ugutan mulut tidak berkesan, biar dia acah-acah ugut pula dengan perbuatan.

Kedudukan yang semakin rapat membuatkan dada Adiba berdebar-debar. Kakinya mengundur ke belakang sehingga tubuh akhirnya tersandar di dinding. Laju Adiba menoleh ke sekeliling. Masak dia kalau ada pelajar lain nampak situasi mereka sekarang ini. Tak pasal-pasal dia dituduh berskandal dengan tunangan orang.

“A... apa ni? Tepilah!” Dada Naim yang begitu hampir dengannya cuba ditolak, namun lelaki itu masih tegap di hadapannya.

“Tak ingat ke apa yang abang pesan semalam?”

“Err...” Terkulat-kulat Adiba.

“Kan abang dah pesan, tunggu abang. Tapi Diba sengaja cabar kesabaran abang.” Kedua-dua tapak tangannya sudah melekat di dinding tempat Adiba tersandar. Tubuh itu kini terperangkap di antara lengannya.

Makin pucat wajah Adiba. Sungguh dia tidak faham dengan sikap Naim sekarang. Anak mata mereka saling bertaut. Tipulah jika dia tidak merindui Naim. Terlalu rindu sehingga dia hampir gila. Tapi untuk apa dia menyimpan perasaan itu? Lelaki di hadapannya sekarang tidak mungkin akan menjadi miliknya.

“Tolong jangan uji hati Diba, Abang Im.”
Akhirnya panggilan itu meniti di bibir Adiba.
Wajah Naim terus berubah sebaik saja mendengar gelaran itu. Sudah bertahun-tahun dia tidak mendengarnya.

“Diba takut...” Berkaca-kaca mata Adiba.

“Takut apa?” soal Naim laju.

“Diba takut akan jadi perampas... sama seperti arwah ibu.”

🥺

Berminat wasap 0129284568

Berminat wasap 0129284568

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hey! My Husband ( Hanya ada Versi Ebook Di Esentral )Where stories live. Discover now