Teaser 3

1.5K 51 0
                                    

Teaser 3 ( versi belum edit)

“Abang Im suka warna biru. Jadi hari ni aku nak pakai dress biru.”

Sepasang dress biru dikeluarkan dari almari. Dia terus mengenakan pakaian itu ditubuhnya. Rambut panjang miliknya dibiarkan lepas. Bedak asas disapukan ke wajahnya.

Setelah siap menghias dirinya, Adiba berpusing di hadapan cermin. Puas hati dengan penampilannya sekarang. Namun senyuman Adiba semakin kendur. Hubungan dia dan Naim tidak pernah baik sejak dari kecil. Dia sendiri tidak faham punca lelaki itu membencinya. Pernah juga dia bertanyakan kepada papa. Menurut papa, Naim tidak suka dengan perkahwinan papa bersama arwah ibunya.

Nafas dihela panjang. Tak sepatutnya dia menaruh perasaan terhadap Naim. Dia sendiri pun tidak sedar sejak bila hatinya mahu memiliki lelaki itu. Mungkin setelah dia tahu di antara mereka tidak ada hubungan darah.

Bunyi deruman enjin kereta menyedarkan Adiba. Laju kakinya melangkah ke arah balkoni bilik. Berdebar dada Adiba menunggu seseorang keluar dari kereta papa.

Saat pintu dibuka, Naim keluar sambil membawa beg galasnya. Rambutnya diraup perlahan. Terasa lenguh bahunya kerana tertidur di dalam kereta. Memang segaja dia tertidur di dalam kereta. Dia lebih rela tidur dari berbual bersama papa.

Naim mendongak ke arah langit. Tanpa sedar, anak matanya terhala ke arah balkoni bilik. Angin petang membuatkan dress biru yang dipakai Adiba kelihatan beralun. Penampilan gadis itu membuatkan Naim terpaku seketika. Mereka saling berpandangan.

“Im… jom masuk. Panas ni.”

Naim berdeham perlahan. Lekas dia mengalihkan anak matanya ke arah lain. Belakang lehernya diusap perlahan. Bergegas dia masuk ke dalam rumah. Dadanya ditekap dengan tapak tangannya.

Tak! Dia tak patut berperasaan begitu. Berkali-kali dia menyedarkan dirinya yang keluarga gadis itu, punca kebahagiaan mama musnah.

🌹

Eh, dari mata turun ke hati keeeee?✌️

Eh, dari mata turun ke hati keeeee?✌️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hey! My Husband ( Hanya ada Versi Ebook Di Esentral )Where stories live. Discover now