𝙋𝙍𝙊𝙇𝙊𝙂

92 25 0
                                    

"Qaera tak nak kahwin dengan Haez" suaranya yang lantang memenuhi ruang di dalam rumahnya itu.

Semua yang berada di dalam rumah tersebut tersentak dengan jeritannya. Ayahnya yang pendiam juga mula mengerutkan dahi kerana pelik dengan tingkah laku anaknya itu. Ayah mula mengatur langkah dan berdiri di depan Qaera dengan muka yang bengis.

"kau jangan kurang ajar sangat Qaera! Ikut je la apa yang kami dah tetapkan " Puan Rania terkejut dengan reaksi suaminya itu kerana suaminya belum pernah meninggikan suaranya kepada Qaera.

Haez yang sedang berdiri tidak mampu berkata-kata kerana terkejut dengan tengkingan Tuan Hajid.

"Qaera tetap tak nak kahwin dengan Haez. Qaera cintakan Arden. Hanya Arden je yang mampu bahagiakan Qaera ! " air mata mula menitis membasahi pipinya yang putih dan gebu itu.

Tersedu-sedu Qaera menangis untuk meraih simpati daripada ayahnya.

"pappp!" satu tamparan hinggap di pipi Qaera.

"abanggg ! apa yang abang buat ni? Anak kita ni bang. Sanggup abang tampar Qaera !" Puan Rania dengan cemas terus memegang dan memeluk Qaera yang menangis dengan tersedu-sedu

Pipi Qaera mula memerah dek tamparan ayahnya tadi. Puan Rania mengusap lembut pipi Qaera.

"Qaera ! berapa kali ayah nak cakap yang ayah tak suka Arden kamu tak faham ke? Atau buat-buat tak faham? " mata Tuan Hajid mula memerah dan berair menandakan yang dia sangat marah dengan perbuatan dan tindakan Qaera.

Haez yang turut berada di situ terkaku dengan apa yang disaksikannya sebentar tadi. Nafasnya tercungap-cungap kerana cemas dengan keadaan Qaera.

Qaera melangkah pergi dengan marah, sedih dan hiba ke biliknya. Sesampai dia di bilik tangisannya semakin menjadi-jadi. Matanya mula membengkak dan merah. Dia terbaring di atas katil sehingga terlelap.

Malam itu Qaera tidak turun makan kerana kejadian siang tadi. Qaera menangis dari siang tanpa henti dan dia juga tidak keluar daripada bilik sejak itu.

"mana Qaera ? " tanya Tuan Hajid kepada isterinya.

"mana nak keluarnya budak tu lepas kena tampar dengan abang. Kenapa abang sanggup pukul Qaera ? dialah satu-satunya anak kita bang. Kita dah takde anak lain dan kita pun dah tua bang " terang Puan Rania dengan panjang lebar kepada suaminya.

"memanglah kita dah tua. Macam awak cakap tadi Qaeralah satu-satunya anak kita jadi kita kenalah buat yang terbaik untuk dia. Lagi satu kita dah kenal hati budi Haez macam mana jadi kita tak perlu risau lagi. Arden tu entah sapa-sapa kita pun tak kenal. " giliran Tuan Hajid pula yang bercakap panjang lebar.

"walau macam manapun awak tetap tak boleh buat macam tu pada Qaera. Dia anak tunggal dan kita selalu manjakan dia. Hati dia pun lembut jadi awak fikir lah semula ya soal kahwin ni " Puan Rania cuba memohon simpati suaminya.

"itu lah awak selalu manjakan dia tengok dia buat apa siang tadi. Dia tinggikan suara dengan kita. Sekali-sekala kita kena ajar jugak anak kita ni Rania. Tak boleh manjakan sangat. Saya tetap dengan keputusan saya untuk kahwinkan dia dengan Haez " Tuan Hajid tetap dengan keputusannya untuk menikahkan Qaera dengan Haez.

"abanggg.." rayu Puan Rania dengan lembutnya.

To be continue....

。  🎀  𝑀𝓇𝓈. 𝒬𝒶𝑒𝓇𝒶 𝐻𝓊𝓂𝑒𝑒𝓇𝒶  🎀  。Where stories live. Discover now