𝘽𝘼𝘽 1

58 24 0
                                    

Pintu Universiti George dibuka dengan tangan yang dilitupi dengan baju berlengan panjang yang labuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu Universiti George dibuka dengan tangan yang dilitupi dengan baju berlengan panjang yang labuh. Matanya melilau melihat ke sekeliling entah mencari apa yang berada di sekitarnya. Matanya tertumpu ke arah seorang lelaki yang berbadan sasa dan tegap. Matanya meneroka di setiap tubuh lelaki tersebut dari setiap helaian rambut yang berterbangan kerana ditiup angin hinggalah ke kaki lelaki tersebut yang panjang dan berotot.

"astaghfirullah Qaera apa yang kau tengok ni?" dia menepuk dadanya berulang kali kerana ingin menyedarkan dirinya.

"Qaera !" terdengar laugan namanya bergema di setiap pelosok universiti itu dia terus memalingkan mukanya dan mencari dari mana datangnya suara tersebut.

Laila Qiandra yang merupakan roommate setia sejak pertama kali Qaera memasuki Universiti George berlari anak ke arahnya dengan gembira.

"yoww kau tengok apa ? haaaa kau tengok dia ekk, aku dengar dia budak baru semester ni" terang Laila hingga tercungap-cungap.

"kalau ya pun sabarlah cakap satu-satu, ni macam tak cukup oksigen aku tengok"Qaera cuba mengalihkan perhatian Laila dengan membuat lawak hambar.

Namun Laila seperti tidak mahu mengalah dengan helah yang dibuat oleh Qaera. Dia terus bertanya dengan bertubi-tubi tentang apa yang dilihat Qaera sebentar tadi.

"engkau jangan nak ubah topik ekk. Cepatlahh kau pandang sapa tadi ?" rayu Laila tanpa henti sehingga Qaera hampir tersenyum malu.

"dah dah kau jangan nak merepek kang tangan yang cantik lagi lembut ni hinggap kat pipi kau" Qaera cepat-cepat mematikan ayatnya dan menarik tangan Laila untuk pergi ke dewan kuliah.

Matanya mula melihat sekeliling dengan ghairah.

"mana lelaki tadi ? memang tipe idaman betullah" sambil membuat muka dia berkata di dalam hatinya sendiri

Sebelum sampai ke dewan kuliah mereka sempat menyimpang dan singgah di kafe untuk membeli air dan makanan ringan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebelum sampai ke dewan kuliah mereka sempat menyimpang dan singgah di kafe untuk membeli air dan makanan ringan. Qaera dan Laila memilih air dan makanan mereka dengan cepat.

Sebaik sahaja Qaera berpaling untuk pergi ke kaunter "aaaa!!" suaranya memenuhi ruang kafe yang mempunyai senior dan junior yang sedang sibuk membeli makanan kerana sudah kesuntukan waktu. Qaera terduduk di atas lantai sambil menunduk ke arah lantai dan air kopi yang dibelinya tertumpah ke seluruh bajunya yang berwarna putih.

Laila yang berada di kaunter tersentak dengan jeritan itu dan segera berpaling. Apabila dia menyedari bahwa itu adalah Qaera dengan cemas dan tergesa-gesa dia berlari ke arah Qaera yang sudah basah kuyup.

Laila cuba menutupi baju Qaera yang terkena kopi dengan jaketnya dan berlalu pergi.

"kau tunggu sini jap aku balik dorm ambik baju. Kau jangan pegi mana-mana pulak" Laila berlari ke dorm untuk mengambil baju kerana kelasnya pun telah bermula. Kerana baju Qaera telah kotor mereka terpaksa masuk ke kuliah lewat.

"mana Laila ni lama betul dah dekat 15 minit. Budak ni pergi ambik baju ke jahit baju ?"Qaera mula merasa cemas kerana rakannya itu belum sampai. Bajunya sudah kering dengan tompokan air kopinya tadi.

Semasa matanya sedang meliar mencari kelibat Laila matanya tertumpu ke arah lelaki yang dipandangnya semasa memasuki universiti itu. Dia menunudukkan kepalanya ke bawah kerana malu dengan lelaki tersebut.

Tiba-tiba sahaja lelaki itu melemparkan jaketnya kepada Qaera. Qaera tersentak dengan tindakan lelaki itu. Dia mahu memanggil lelaki itu untuk menanyakan sebabnya tetapi belum sempat dia memanggil Laila memanggil namanya terlebih dahulu.

Sebenarnya lelaki tersebut telah melihat apa yang berlaku kepada Qaera di kafe tadi.

"Qaera ! eh baju sapa pulak kau pegang ni ?" Laila yang kebingungan mula bertanya kepada Qaera.

"nantilah aku bagitau kita dah lambat masuk kuliah ni" kerana sudah terlalu lambat Qaera ingin menjelaskan perkara itu sesudah habis kuliah nanti.

Sebaik sahaja sampai di depan pintu dewan kuliah Qaera terus membuka pintu tersebut. Semua mata tertumpu ke arah Qaera dan Laila seolah mereka telah membunuh seseorang.

Mata Qaera tertumpu kepada sekujur tubuh yang duduk di bahagian tengah dewan kuliah. Mata mereka bertembung secara tidak sengaja.

"eh tu bukan lelaki tadi ke ?" Qaera berkata di dalam hatinya.

Qaera cepat-cepat memindahkan pandangannya kepada pensyarahnya.

Pensyarah yang terbantut pengajarannya kerana terkejut dengan Qaera dan Laila menyuruh mereka masuk dan duduk di meja kosong.

Mereka berlari anak menuju ke meja kosong yang berada di depan lelaki yang memberikannya baju tadi.

Sebaik sahaja kuliah habis Qaera cepat-cepat mengemaskan barangnya kerana mahu memulangkan baju lelaki tadi tetapi apabila Qaera mencari lelaki tersebut di dalam dewan itu kelibatnya tidak kelihatan lagi.

"nampaknya kena pulang nanti lah baju ni" dia berkata dengan perlahan kepada dirinya.

To be continue.....

。  🎀  𝑀𝓇𝓈. 𝒬𝒶𝑒𝓇𝒶 𝐻𝓊𝓂𝑒𝑒𝓇𝒶  🎀  。Where stories live. Discover now