𝘽𝘼𝘽 5

25 16 2
                                    

Sudah 2 tahun berlalu sejak Arden dan Qaera mengenal satu sama lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah 2 tahun berlalu sejak Arden dan Qaera mengenal satu sama lain. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk mereka mengahabiskan semester bagi tahun terakhir mereka di Universiti yang megah itu. Arden sudah tahu apa yang disukai Qaera dan apa yang tidak disukai Qaera. Semuanya berada dalam fikirannya.

Sedang mereka berborak di kafe universiti itu, mereka didatangi oleh seorang wanita yang memakai dress, berkasut tinggi, rambutnya dilepaskan dan memakai make up yang menampakkan dirinya elegan.

Semua mata tertumpu kepada wanita tersebut kerana wajahnya yang cantik dan putih bak mutiara di lautan.

"hai baby. I haven't seen you in a long time. I miss you so much baby" dengan selambanya wanita itu duduk di atas peha Arden.

Arden yang masih tidak faham dengan apa yang berlaku terus berdiri kerana terkejut dengan tindakan selamba wanita itu.

"ka-u. K-enapa kau bo-leh ada kat s-ini?" Arden kelihatan sangat terkejut sehingga mukanya kelihatan pucat.

Qaera berdiri di sebelah Arden saambil memgang lengannya. Risau jika terjadi apa-apa dia yang akan menyambut Arden terlebih dahulu.

Dia adalah Hanna Indira iaitu bekas kekasih Arden 7 tahun dahulu. Dia menarik tangan Arden untuk pergi ke suatu tempat.

Qaera yang melihat Arden berlalu pergi bersama wanita itu hanya mampu merenung dari jauh hingga kelibat mereka tidak kelihatan. Arden hanya mengikuti wanita itu tanpa membantah.

Hanna membawa Arden masuk ke dalam kereta Porshe yang berwarna putih miliknya.

"baby, i miss you so much baby" Hanna hanya mengulang perkataan itu dari tadi.

"asal kau balik sini? Mana jantan kesayangan kau tu? Sampai kau sanggup tinggalkan aku macam tu je? Aku cintakan kau tau tak? Aku takut kehilangan kau" air mata mula bergenang pada kelopak mata Arden. Mata dan hidungnya mula memerah.

Arden tidak mampu melakukan apa-apa. Dirinya seperti sudah lemah apabila melihat wanita itu. Wanita itu adalah bekas kekasih yang paling dicintai seumur hidupnya.

"i am sorry Arden. Time tu i tak pikir panjang. I just ikut kata hati i. I tak matang time tu. Now bila i pikir semula, i buat keputusan yang paling penting dalam hidup i untuk bersama you semula Arden" air mata mula membasahi pipi Hanna yang putih itu.

Qaera yang melihat dari jauh juga mengalirkan air mata. Dia merasakan bahawa dia semakin sayang Arden dalam 2 tahun terakhir ini. Tapi apakan daya dia bukan siapa-siapa dibandingkan dengan wanita itu.

Bermaca-macam perkara bermain di fikirannya. Hatinya jadi tidak keruan. Tiba-tiba timbul persoalan di benaknya.

"arden akan tinggalkan aku ke? Tapi aku cintakan dia" air matanya semakin deras mengalir. Semakin dia melihat Arden dan Hanna semakin laju air matanya keluar. Jadi dia berlalu pergi meninggalkan mereka.

。  🎀  𝑀𝓇𝓈. 𝒬𝒶𝑒𝓇𝒶 𝐻𝓊𝓂𝑒𝑒𝓇𝒶  🎀  。Where stories live. Discover now