Also known as My Woman❞
Membuka tirainya pada :~
Start : 22 April 2021
End : -
Status : On Going (HOLD)
❝Berkunjunglah ke jantungku bukan sebagai tamu, tetapi sebagai pemilik rumah, sebab di sana kau yang akan tinggal selamanya❞ -Qaera Humeera ♡
❝A...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"tunggu la kejap nak siap dah ni. Engkau ni pun nak laju-laju pergi mana. Tak larinya tempat kau nak pergi tu" bebel Qaera yang sedang membetulkan tudungnya di hadapan cermin panjang miliknya.
"cepattttt!!!" Laila menambahkan lagi sedikit perasa untuk menaikkan lagi kemarahan Qaera.
Qaera hanya tersenyum dengan kelakuan Laila itu.
Apabila mereka sampai ke destinasi yang di tuju Laila terus menarik tangan Qaera keluar daripada kereta. Mereka terus menuju ke sebuah meja yang terletak tidak jauh dari mereka berada.
"kau nak tau tak, ni lah tempat budak baru tu selalu lepak dengan kawan-kawan dia" terang Laila kepada rakannya yang dari tadi menunjukkan muka blur.
"budak baru mana kau ni?" giliran Qaera pula yang mengeluarkan suara.
"alahh budak tu lah, budak yang kau pandang hari tu" terang Laila supaya Qaera memahami apa yang ingin disampaikannya.
"ohhh mamat tu. Kenapa dengan dia? Kau minat dia ke?" sebaik sahaja dia mengenali lelaki yang dimaksudkan Laila dia terus mengajukan soalan kepada Laila.
"alaa nak usya-usya je dulu ni. Lagipun aku bukan usya untuk diri aku tapi untuk kau" di akhir ayat tersebut Laila ketawa perlahan.
"pebenda pulak kau ni. Aku pulakk. Kau memang nak kena kan dengan aku" kemarahan manja Qaera mula membuak-buak membuatkan Arden berpaling ke arah mereka.
Arden mengecilkan matanya supaya dia dapat mengecam dua wanita tersebut. Senyuman diukir di wajahnya apabila dia dapat mengesan bahawa itu adalah Qaera.
Dia mula mengatur langkah menuju ke arah Qaera dan Laila.
"kau la ni kuat sangat kan dia dah perasan pastu kita nak buat apa ni dah kantoi" bebelan yang keluar dari mulut Laila terlalu panjang sehingga mereka tidak sedar Arden sudah berada di meja mereka.
Laila tersenyum seperti kera sumbang. Qaera pula masih menundukkan mukanya. Arden yang pelik dengan Qaera mengetuk meja di kawasan Qaera duduk. Qaera memandang muka Arden apabila ketukan itu berhenti dan Qaera hanya memberikan senyuman kepada Arden.
"awak buat apa kat sini?" Arden menanyakan soalan sambil memandang muka Qaera dengan senyuman manis diukir dibibirnya.
Qaera mula mengelamun apabila dia memandang bibir Arden yang berwarna merah jambu itu.
"ni kalau dapat huishhhh" Qaera sudah berada jauh di dalam lamunannya sehingga Arden terpaksa menepuk pipi Qaera yang gebu itu.
"saya pergi beli air dulu. Korang borak lah apa-apa" Laila yang terkejut dengan tindakan Arden mula mengatur langkah dan meninggalkan mereka berdua di meja itu.
"awak ni kuat betul mengelamun ya. Pikir apa ha? Pikir kalau kita ada anak nanti muka macam sapa?" Arden mula bergurau dengan Qaera untuk menyesuaikan diri mereka.
"eh mana ada hahahaha" Qaera membalas dengan melemparkan senyuman yang manis kepada Arden.
"cantiknyaaa....oh by the way nama saya Arden" dia menghulurkan tangannya sebagai tanda salam perkenalan.
"oooo....Nama saya Qaera" tangan Arden disambut oleh tangan Qaera yang putih dan licin itu.
"apa kata kita pergi makan, saya belanja" Arden cuba memberanikan diri untuk mengajak Qaera makan bersamanya.
"bolehh tapi tunggu Laila jap" Qaera bersetuju untuk makan bersama asalkan dia dapat melihat Arden lebih lama lagi.
Apabila melihat susuk tubuh Laila, Qaera melambai-lambaikan tangannya menyuruh Laila berlari anak menuju kepadanya.
"Arden nak belanja kita makan, kau nak ikut tak?"Qaera bertanya kepada Laila dengan mengangkatkan keningnya.
"okayyy. Let's go!!" tanpa memberikan alasan Laila terus bersetuju sambil tangannya dinaikkan ke atas.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sampai sahaja di kedai mereka terus memesan makanan yang ingin dimakan oleh mereka. Muka Qaera mula berkerut apabila melihat harga makanan yang terlalu mahal. Arden yang terpandang muka Qaera tergelak kecil dengan tindakan Qaera.
"order je la apa-apa saya belanja sebagai tanda perkenalan. Jangan malu-malu" Arden cuba menyesuaikan keadaan di antara mereka.
"mahal sangat ni awak" Qaera yang berasa serba salah hendak memesan mula mengeluarkan suara.
"eh takpe-takpe. Untuk awak mahal macam mana pun boleh" tergelak kecil Arden dengan kata-katanya sendiri.
Laila yang melihat adegan itu tergelak dalam hatinya sambil memandang muka Qaera.
Selepas beberapa minit makan, Qaera meminta izin untuk pergi ke tandas diikuti oleh Arden selepas 10 minit sejak Qaera pergi ke tandas. Apabila Qaera berjalan keluar daripada tandas, dia terserempak dengan Arden. Mata mereka bertemu. Qaera ke kiri Arden juga ke kiri. Qaera ke kanan Arden juga ke kanan.
Tiba-tiba seorang lelaki berlari masuk ke dalam tandas.
Arden yang ingin mengelak daripada lelaki itu menolak Qaera ke dinding. Tanpa sengaja hidung mereka bertemu. Mereka dapat merasakan hembusan nafas yang terkena pada muka masing-masing.
Sewaktu kejadian itu berlaku jantung Qaera mula berdegup kencang. Arden yang baru menyedari tindakannya itu dengan gelabah menjauhkan dirinya.
Qaera berlari menuju ke rakannya itu dan menarik lengan Laila untuk beredar dari restoran itu.
"kenapa kau ni qaera? Kita nak pergi mana ni?" Laila yang kebingungan bertanya kepada Qaera tanpa henti.
"takde apa jom la balik dah lewat ni. Perempuan mana baik keluar lewat-lewat ni" Muka Qaera sudah merah padam selepas kejadian di tandas itu berlaku.
"ha ya lah ya lah jom balik" Laila hanya menurut sahaja apa yang dikatakan Qaera.
Mereka menaiki teksi menuju ke dorm di universiti mereka. Malam itu Qaera tidak dapat tidur. Laila yang keletihan terus tidur selepas dia membersihkan diri.