Qaera mengambil masa selama 2 tahun untuk melupakan Arden. Tetapi itu semua tidak menghalang Qaera untuk mendapatkan keputusan cemerlang untuk semesta terakhirnya. Selama 2 tahun itu Haez lah yang selalu ada bersama Qaera. Semasa Qaera jatuh dan bangun Haez lah yang menumpangkan bahunya kepada wanita yang dicintainya itu.
"kan bagus dapat tengok Qaera tersenyum selalu macam ni" Haez mengatakan itu sambil merenung muka Qaera yang berada disebelahnya di halaman rumah ibu bapa Qaera.
"alah abang ni macam baru hari ni pulak tengok Aera senyum" 2 tahun terakhir ini membuatkan Qaera dan Haez semakin rapat sehingga Qaera hanya memanggilnya dengan panggilan 'abang'.
"ala jarang la. Semenjak kejadian tu Aera kurang senyum. Susah hati abang tau tak" Haez pula hanya memanggil Qaera dengan panggilan 'Aera'. Tidak seorang pun lagi lelaki yang memanggilnya dengan nama itu melainkan Haez.
"terima kasih abang sebab tolong Aera. Abang je yang selalu ada untuk Aera waktu Aera down sangat" Qaera mengucapkan bait-bait perkataan itu sambil memandang ke bawah. Dia cuba menahan air mata yang mahu jatuh ke pipinya itu.
"amboi borak apa kamu berdua ni?" menyempat sahaja ibu Qaera mengacau perbualan mereka.
"takde apa lah ibu. Borak biasa-biasa je" Haez cuba menukar topik. Takut sekiranya ibu Qaera meneruskan apa yang dibual oleh mereka sebentar tadi.
"ibu, Qaera naik atas dulu ya" cepat-cepat Qaera mengelak dari ibunya.
Sampai di bilik Qaera membaringkan dirinya di atas katil. Terdengar nafasnya di hela dengan kuat.
"Arden...mana kau Arden. Aku rindukan kau. Dah 2 tahun kau menghilang tanpa jejak" air mata yang mengalir keluar diseka dengan balik tangannya yang kecil itu.
Qaera bangun lalu duduk di meja make-upnya itu.
Dia membuka sebuah buku yang terdapat gambarnya bersama Arden yang ditangkap beberapa tahun lalu.
"aku harap ini semua bukan kenyataan. Ya Allah bangunkanlah aku dari mimpi yang panjang ini" dengan air mata yang masih mengalir di pipinya itu dia memanjatkan doa pada yang Esa.
Setelah beberapa minit berlalu Qaera terlelap di atas katilnya yang empuk itu.
"mana Qaera? Tak turun makan ke budak ni?" Puan Rania menyoal Haez yang berada di meja makan.
"dia penat agaknya tu" Haez cuba menjawab pertanyaan yang dilemparkan kepadanya.
"takpelah jom kita makan dulu. Sian ayah dah lama tunggu ni" Puan Rania yang tidak mahu mengeruhkan keadaan menyuruh suaminya dan Haez untuk makan.
Selepas makan Puan Rania naik ke bilik Qaera. Pintu bilik Qaera diketuk dengan lembut.
"Qaera..ibu masuk ya" kerana tiada sahutan dari dalam bilik, Puan Rania terus masuk ke bilik anaknya itu. Risau jika terjadi yang bukan-bukan kepada anaknya itu.
Kejadian yang berlaku dahulu cukup memberikan impak yang buruk kepada dirinya. Dia tidak mahu perkara itu berulang kembali.
Terlihat Qaera sedang merenung ke luar tingkap sambil melihat bulan yang menyinari langit pada malam itu. Angin sepoi-sepoi bahasa mula meniup sehingga menyebabkan langsir di biliknya berterbangan.
"pikir apa Qaera? Anak ibu menangis ke? Kamu teringatkan dia?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Puan Rania.
Puan Rania hanya merenung anaknya itu yang dilihatnya tidak mampu berbicara kerana menahan air mata yang hendak mengalir.
Qaera hanya menggumam bibirnya. Terketar-ketar bibirnya menahan segala bebannya.
"Qaera ingat pesan ibu ni. Suatu hari nanti mereka akan menyedari bahawa mereka kehilangan berlian saat bermain dengan batu yang tidak berharga" perkataan-perkataan itu keluar dengan bersahaja dari mulut Puan Rania. Dia ingin memberikan semangat kepada anaknya itu.
Qaera memeluk ibunya dengan erat. Matanya yang sudah bengkak kerana menangis sebentar tadi kembali mengalirkan air mata.
~❝Apa yang akan terjadi kepada Qaera? Adakah dia akan terus bersama Haez? Atau dia masih menunggu lelaki yang dicintainya pulang kepangkuannya?❞~
wait for next chapter !
to be continue....
![](https://img.wattpad.com/cover/267033360-288-k462966.jpg)
YOU ARE READING
。 🎀 𝑀𝓇𝓈. 𝒬𝒶𝑒𝓇𝒶 𝐻𝓊𝓂𝑒𝑒𝓇𝒶 🎀 。
RomanceAlso known as My Woman❞ Membuka tirainya pada :~ Start : 22 April 2021 End : - Status : On Going (HOLD) ❝Berkunjunglah ke jantungku bukan sebagai tamu, tetapi sebagai pemilik rumah, sebab di sana kau yang akan tinggal selamanya❞ -Qaera Humeera ♡ ❝A...