Pada bulan 9 tahun 2023, Qaera dan Haez diberikan kebenaran oleh ibu dan ayah Qaera untuk melancong ke luar negara. Jadi mereka berdua memilih untuk pergi ke Perancis.
"Qaera bangun Qaera. Kita dah sampai ni" Haez yang tersenyum melihat Qaera menyedarkan Qaera dari lenanya dengan suaranya yang mampu membuat semua wanita terpesona.
"huarghhh dah sampai ke?" Qaera yang masih menenyeh-nenyeh matanya terus mengajukan soalan kepada Haez.
"haah dah sampai. Kalau ya pun menguap tu tutup mulut ya sayang" Haez cuba menutupi mulut Qaera dengan menggunakan tangannya.
Sebaik sahaja Qaera mendengarkan perkataan tersebut hatinya mula berdebar. Pipinya mula memerah.
"eh kenapa pipi Qaera merah-merah? Alololo siannya sayang saya ni letih ya. Nanti sampai hotel kita rehat dulu" gurauan Haez terhadap Qaera tiada hentinya.
Habis merah padam muka Qaera dibuatnya.
"apa abang ni. Hahahaha. Ha okay jom pergi hotel !" Qaera masih tersenyum dek gurauan Haez tadi.
"Aera tunggu sini kejap, abang pergi ambil kunci bilik kita" dengan lajunya Haez melangkah ke kaunter.
"k-ita?" belum sempat Qaera menghabiskan ucapannya Haez sudah berlari anak menuju ke kaunter.
"jom Aera" sambil menunjukkan kunci ke arah Qaera, tangan Qaera ditarik ke lif.
Di dalam lif Qaera masih memikirkan tentang perkataan 'kita' yang keluar dari mulut Haez tadi. Sepanjang perjalanan ke bilik Qaera diam membisu sehingga sampai di depan pintu bilik.
"so Aera ni biliknya" dengan senyuman yang manis Haez melontarkan kata-kata itu.
"k-ita?" dengan muka yang penuh tanda tanya Qaera terus mengajukan soalan itu. Bimbang juga dibuatnya.
"hahahahaha. Bukannlah. Ni bilik Aera, bilik abang kat sana no 416. Apa-apa nanti cari abang kat bilik tu. Okay?" Haez ketawa terbahak-bahak kerana pertanyaan Qaera kepadanya.
"oooo. Hehehe" Qaera yang malu dengan pertanyaannya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
Setelah selesai mengemas barang-barangnya, Qaera menghempapkan dirinya di atas katil yang lembut itu. Fikirannya masih melayang tentang perbualannya dengan Haez di dalam pesawat tadi.
Sambil memikirkan kejadian itu, bibirnya mengukirkan sebuah senyuman yang indah.
Sebaik sahaja dia sedar akan tindakannya itu, dia menekup mulutnya. Betapa terkejutnya Qaera dengan tindakannya itu. Dia sudah menganggap Haez sebagai abangnya sendiri. Tetapi dia mengetahui bahawa Haez menyukainya.
Haez pernah menyatakan perasaannya kepada Qaera namun Qaera masih tidak bersedia pada waktu itu. Tetapi Qaera tidaklah jahat untuk menghiraukan Haez begitu sahaja.
"knock kncok knock" lamunan Qaera terhenti kerana ketukan pintu itu.
Qaera mengatur langkahnya menuju ke pintu. Sebaik sahaja Qaera membuka pintu dia melihat Haez yang meletakkan tangannya di bahagian atas bingkai pintu.
"hai sayangg !!" dengan selambanya Haez mengucapkan perkataan itu.
"apa abang niii. Suka sangat bergurau macam tu eiii" Qaera tersenyum sambil mukanya ditunduk ke bawah.
"jom makan. Abang lapar dah nii" Haez memegang perutnya yang sudah berbunyi dari tadi.
"ha ya ya. Jom" Qaera ketawa kecil dengan perangai Haez.
Sampai sahaja di restoran mereka memesan makanan yang halal untuk dimakan.
"cantiknya Qaera malam ni" satu senyuman terukir di bibir Haez.
"takdela biasa je la. Apa yang cantiknya" jantung Qaera mula berdegup dengan kencang. Entah apa perasaan yang dia rasakan saat itu pun tidak diketahui olehnya.
Tangan Haez dengan perlahan memegang tangan Qaera yang berada di atas meja.
Qaera terkejut dengan tindakan Haez.
"Qaera....abang....betul-betul cintakan Qaera" Haez sendiri terkejut dengan tindakannya itu. Entah dari mana dia peroleh keberanian untuk berkata begitu.
"ermm" Qaera hanya menggumam bibirnya.
"it's okay Qaera. Qaera fikir dulu. Abang tak paksa. Abang Cuma nak Qaera tahu perasaan abang macam mana, tu je. Okay Qaera?" sebelum Qaera salah faham lebih baik dia menerangkan dulu niat dia berkata begitu.
Qaera hanya mengangguk menandakan dia akan berfikir dahulu tentang perkara itu.
Haez yang masih berdebar hanya mampu tersenyum dengan reaksi yang diberikan oleh Qaera.
Malam itu terasa panjang bagi mereka. Habis sahaja makan mereka terus menuju ke hotel.
Sampai di bilik Qaera membersihkan dirinya.
Setelah selesai Qaera membancuh secawan teh sambil duduk di beranda hotel dengan angin yang sejuk menyentuh pipinya.
Dia memikirkan kejadian di rosteran tadi.
"dia betul-betul sukakan aku ke? Ya Allah jika dia betul jodohku engkau satukanlah kami. Jika dia bukan jodohku maka engkau jodohkanlah dia dengan seseorang yang mampu membahagiakan dia ya Allah" sambil memandang ke langit Qaera memanjatkan doa kepada yang maha esa.
Jam hampir menunjukkan pukul 1:56 pagi. Qaera menutup pintu di berandanya itu dan berlalu pergi ke katilnya. Dia tidur dengan perasaan yang masih tidak diketahuinya.
to be continue....
YOU ARE READING
。 🎀 𝑀𝓇𝓈. 𝒬𝒶𝑒𝓇𝒶 𝐻𝓊𝓂𝑒𝑒𝓇𝒶 🎀 。
RomanceAlso known as My Woman❞ Membuka tirainya pada :~ Start : 22 April 2021 End : - Status : On Going (HOLD) ❝Berkunjunglah ke jantungku bukan sebagai tamu, tetapi sebagai pemilik rumah, sebab di sana kau yang akan tinggal selamanya❞ -Qaera Humeera ♡ ❝A...