SEGELAS air berisi coca-cola diteguk rakus. Melepaskan segala tekanan yang terkurung di dalam hati. Bunyi alunan muzik yang berdentam-dentum berselang seli dengan bunyi cecair yang masuk ke dalam kerongkong. Menghiasi pendengaran Harith tika ini.
Usai menghabiskan air, gelas itu dihentak kuat ke atas meja. Kuat tak kuat tapi tindakan itu ternyata berjaya menarik beberapa pasang mata melirik ke arahnya. Terutama para gadis.
Apa lagi, lihat sahaja kelibat sang jejaka pujaan, terus ditinggalkan segala 'aktiviti' yang mereka sedang lakukan.
Tempat yang tadinya kosong kini sudah mula menjadi tumpuan.
Perkara itu sudah menjadi kebiasaan buat Harith. Kedatangannya ke tempat ini pasti sahaja menjadi perhatian ramai wanita. Sehingga membangkitkan perasaan tidak puas hati pada sesetengah lelaki yang turut hadir ke lembah maksiat ini. Mungkin ego mereka seakan tercabar melihatnya.
Tapi adakah Harith peduli semua itu? Semestinya tidak. Bukan salah dia juga.
Hidup ini punya pilihan. Dan dirinya telah menjadi pilihan bagi para wanita.
"Why, darling. You ada masalah ke?" Tegur seorang gadis tatkala melabuhkan duduk di sebelah Harith. Rapat. Sehingga tiada ruang yang tersisa di antara mereka berdua.
Mata Harith mula melirik pada insan di sebelahnya. Seperti yang dapat dibayangkan. Bagaimana pemakaian seorang perempuan tatkala memasuki kelab, begitulah dengan orang di sebelahnya sekarang. Terdedah sana sini. Sengaja mencari perhatian mungkin.
"Kalau I cakap I ada problem, apa yang you boleh buat untuk hilangkan masalah I?"
"Anything. Just tell me. What do you want me to do? I can even give you myself." Yakin saja gadis itu menjawab tanpa perasaan ragu. Sanggup pula dia menyerahkan segalanya demi seorang lelaki yang belum tentu akan menjamin masa depannya nanti. Ah, perempuan. Jika beginilah sikapnya, memang akan dinilai tidak punya harga diri.
"Hai baby. Lama tak nampak you." Belum sempat menjawab, datang lagi seorang gadis ke arah Harith. Tanpa isyarat, lengannya terus dirangkul erat.
Sekarang kiri kanan Harith sudah diduduki oleh dua orang gadis. See? Tidak sampai sejam. Kuat betul auranya.
Tangan gadis-gadis itu mula meliar. Mengusap lembut bahagian tubuhnya yang boleh dikategorikan sebagai tubuh idaman para wanita.
Harith sekadar membiarkan. Tidak pula dia menepis tangan-tangan yang melekap di dadanya. Dia sendiri tahu apa motif gadis-gadis itu berbuat sedemikian. Untuk membuatnya tergoda, pasti. Jatuh tersungkur dan kalah dengan belaian mereka.
Malangnya, Harith bukanlah lelaki yang mudah rebah menuju ke ranjang. Tidak. Setakat ini, dia masih kuat untuk mengawal nafsunya sendiri.
Dia tidak akan sesekali tersungkur pada mana-mana wanita. Tapi wanita yang selalu tersungkur kepadanya. Namun, tidak pernah sekalipun dia memanfaatkan peluang yang sedia terhidang di depan mata.
Jika itu berlaku, apa yang akan jadi? Pasti ramai gadis yang akan mencarinya dan mengaku bahawa mereka mengandungkan anaknya.
Tidak. Dia tidak akan sesekali membiarkan perkara itu berlaku. Kehidupannya malah akan terganggu nanti.
You can touch anything you want. Anything on my body. But you can't touch one thing.
My soul.
YOU ARE READING
SATU KATA KUNANTI (TERBIT)
RomanceTajuk asal: Saat Kau Hadir Ucapkan. Jika benar ia terasa. Ucapkan. Jika benar ia ada. Ucapkan. Jika benar ia cinta. Gadis beku seperti Haufa akan jatuh cinta? Tidak akan sesekali terjadi! Baginya, sisa hidup yang dia miliki hanya untuk melunaskan hu...