BANGUNAN-bangunan yang terpacak megah di sekitar bandar kota pada pagi itu menjadi tatapan sepasang mata milik Harith. Berpuluh ekor burung yang sedang seronok melebarkan sayap di dada langit juga menarik perhatiannya.
Fikiran mula melakar imaginasi. Argh! Mula nak melencong ni. Mood melukis yang mula melambung naik segera dibuang jauh-jauh. Sekarang dia bukan berada pada tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti itu. Dan mungkin selepas ini, tiada kelapangan masa untuk dia menikmati dunia warna-warni itu lagi.
Kerusi kerja dipusing kembali menghadap meja setelah membazirkan beberapa minit waktu berlalu dengan melayani alam yang melencong dari realiti. Mata genap memerhati sekeliling ruang yang didudukinya kini.
Harith mengeluh berat.
Tidak percaya seteguh keputusan dia menolak cadangan papanya, mengalah jua dia pada akhirnya. Pujukan Mak Jah tempoh hari juga sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya untuk berada di sini. Bersetuju untuk bekerja bersama papanya di syarikat. Tapi bukan bererti dia terus menyandang jawatan paling tinggi dan menggantikan Dato Khalid serta-merta.
Tidak. Dia masih bekerja di bawah papanya sendiri namun masih digelar selaku bos dalam syarikat ini. Malas hendak melayan lamunan, fokus Harith yang terbang jauh tadi ditangkap kembali. Masa bekerja sudah bermula. Baru saja beberapa saat komputer dihidupkan, bunyi pintu diketuk dari luar.
Muncul seorang wanita yang tersenyum manis sambil berjalan ke arah Harith. Di tangan wanita itu memegang sesuatu.
"Nah, Encik Harith. Semua fail yang encik minta semalam." Beberapa fail diletakkan di atas meja. Wanita itu mengundur setapak ke belakang.
Harith mengangguk sekilas. "Sorry for bothering you, Maria."
"I don't even mind, Encik Harith. Lagipun Dato sendiri yang bagi keizinan untuk tolong kalau encik perlukan apa-apa sementara dapat PA baru. So, ada apa-apa lagi tak?" Balas Maria.
"So far, I think tak ada. You pergi lah sambung kerja dekat papa. By the way, thanks."
"Okay. But, if you need anything just call me."
Balas Maria seraya melangkah meninggalkan meja.Hilang saja kelibat wanita itu, pandangan Harith terhala sepenuhnya pada fail di hadapan. Niatnya untuk menghadap komputer tadi terus dilupakan. Tangan dibawa membelek satu persatu kandungan fail tersebut. Boleh tahan ramai jugak calon.
Ya, memang dia perlukan seorang personal assistant. Tapi untuk mencari seorang pembantu peribadi, bukan mudah bagi Harith. Beberapa faktor harus diutamakan. Penelitian harus dilakukan. Lagi lagi perempuan.
Khuatir juga kalau perangai lama akan kembali semula. Tapi Harith sudahpun bernekad untuk meninggalkan dunia lamanya. Jadi dia harus berpegang pada kata-kata sendiri.
Tangan masih ligat menyemak beberapa resume calon yang hadir pada temuduga tempoh hari. Itupun atas desakan papanya yang suruh dia memilih salah seorang dari mereka.
Satu, reject!
Dua, reject!
Tiga, reject!Permukaan dahi dipicit. Belum apa-apa lagi dah pening. Macam cari calon isteri aje walhah perlu cari pembantu di pejabat. Tapi, tak ada ke yang sebaya Maria? Dah kahwin ke. Kenapa semua muda-muda?
YOU ARE READING
SATU KATA KUNANTI (TERBIT)
Roman d'amourTajuk asal: Saat Kau Hadir Ucapkan. Jika benar ia terasa. Ucapkan. Jika benar ia ada. Ucapkan. Jika benar ia cinta. Gadis beku seperti Haufa akan jatuh cinta? Tidak akan sesekali terjadi! Baginya, sisa hidup yang dia miliki hanya untuk melunaskan hu...