Bab 12

932 107 18
                                    

SEJAMBAK bunga bersama patung sederhana kecil berwarna kuning diletakkan di atas meja. Seraya itu, terbit senyuman mekar di bibir Harith. Hati sudah tidak sabar-sabar untuk melihat reaksi si penerima bila mendapat hadiah darinya nanti. Marah, atau gembira? Atau mungkin dicampak ke dalam tong sampah?

           Tidak kisah kerana Harith sudah bersedia dengan apa jua reaksi gadis itu. Sambil itu, Harith mula menapak mengelilingi meja kerja milik Haufa. Pemiliknya masih belum tiba, jadi apa lagi yang ingin dilakukan selain menggeledah apa yang ada. Satu-satunya frame yang terletak elok di atas meja mula diraihnya. Terpampang di tengah bingkai gambar sederhana besar itu gambar sebuah keluarga yang bahagia.

           Wajah seorang kanak-kanak perempuan menjadi perhatian Harith. Dia tahu ini adalah susuk tubuh Haufa. Tapi mengapa di wajah gadis itu, tiada langsung senyuman yang tercalit?

           Tidak bahagiakah gadis itu? Atau sesuatu yang menganggu Haufakah sewaktu kecil?

           Gambar tersebut diletakkan kembali ke tempat asal bila menyedari dia sudah menghabiskan banyak waktu di bilik ini. Jam di tangan dikerling sekilas. Bermula sekarang, bila-bila masa sahaja Haufa akan muncul dan masuk ke sini. Sebaiknya dia keluar dahulu.

           Harith mengatur langkah menuju ke arah pintu. Baru separuh dibuka, tubuh Harith terus kejung bila hampir berlanggar dengan jasad seseorang yang ingin masuk. Tapi bukanlah susuk tubuh orang yang dinanti.

           "Eh, kat sini Encik Harith rupanya. Cari cik Qira ke?" Suara Maria menyapa.

            Harith berdehem sejenak.

            "You buat apa dekat sini?" soal Harith kembali. Soalan yang diajukan oleh wanita itu tadi sengaja tidak dijawab. Pintu bilik Haufa ditutup rapat, khuatir Maria ternampak sesuatu yang dia tinggalkan di atas meja tadi.

            "I cari Encik Harith lah. Nak bagitahu, hari ni cik Qira tak masuk kerja tau." Kening Harith mula bertaut bila mendengar berita yang disampaikan.

            "Mana you tahu?"

            "Tadi kawan dia yang suruh Kak Mar inform pada encik," ujar Maria diakhiri senyum lebar kerana berjaya menyampaikan pesanan yang baru ditinggalkan kepadanya tadi. Pemuda di hadapannya mula mengangkat sebelah kening tanda berfikir sesuatu.

            "Erin?"

            "Ya, Erin." Balas Maria lagi. Mujur tadi rakan Haufa sempat memperkenalkan diri kepadanya.

            "Mana dia?" Harith bertanya pantas.

            "Dia baru aje turun bawah," Usai Maria menghabiskan kata, Harith melulu pergi begitu saja. Meninggalkan wanita itu tercengang seorang diri. Langkah diatur laju menuju ke satu arah dengan harapan bayang Erin masih ada.

            Nasib memihak kepada Harith, bila Erin masih berada di tingkat ini, sedang berdiri di depan lif. Tapi tidak bersendirian kerana ada Faiz bersama. Sejak bila pulak mamat tu datang? Mereka nampak sedang rancak berborak sesuatu sehingga tidak menyedari kehadiran Harith yang semakin menghampiri.

           "Kau pun ada Faiz? Datang sini nak apa?" Suara Harith mematikan perbualan mereka. Pasangan itu terus berpaling ke arahnya serta-merta. Sebenarnya, Erin dan Faiz pernah menjadi sepasang kekasih ketika zaman sekolah menengah suatu ketika dahulu dan kini mereka ditakdirkan untuk bertemu kembali. Konon-konon berjodoh lah.

          "Aku nak jumpa kau. Tapi tiba-tiba ternampak princess aku dekat sini. Cancel lah jumpa kau, baik aku jumpa dia." Selamba Faiz membalas walaupun sedar Erin sedang menjeling tajam ke arahnya.

SATU KATA KUNANTI (TERBIT)Where stories live. Discover now