Bab 9

932 113 9
                                    

"SORRY tau, Erin."

          Haufa mengeluh seketika.

          "Tak, tak! Aku janji satu malam aje. Esok aku balik. Jangan risau, pandai-pandai lah nanti aku cakap dengan dia." Kata Haufa lagi, bersungguh ingin meyakinkan rakannya di talian.

          Sempat juga Haufa menjeling ke arah Harith yang sedang menapak ke arahnya setelah selesai urusan mendapatkan bilik hotel. Boleh pula pemuda itu tersenyum manis bila membalas pandangan Haufa. Suka lah tu dapat paksa orang! Naik menyampah Haufa melihatnya.

          Setelah itu, kepala Haufa terangguk-angguk tatkala menerima beberapa pesanan dari Erin.

          "Bye." Panggilan akhirnya ditamatkan. Dia terus menuju ke arah Harith yang santai duduk di atas sofa sambil menantinya. Pemuda itu sedang sibuk bermain telefon bimbit.

          "Encik nak stay berapa lama pun dekat sini, ikutlah. Tapi esok, saya tetap nak balik." Nekad Haufa berkata. Tidak mahu lagi menghabiskan waktu disini dan meninggalkan urusan kerja.

          Harith mengangkat kepala memandang Haufa yang berdiri di hadapannya. Gadis itu kelihatan serius melontarkan bait bicaranya tadi. Harith juga sudah malas ingin berdebat. Mata kembali menatap telefon sebelum membalas.

          "Okey," sepatah sahaja perkataan yang meluncur keluar. Haufa menarik nafas lega. Nasib baik tak ada lagi bantahan yang dikeluarkan.

          "Bak kunci!"

          Harith kembali menatap Haufa. Menayangkan muka seolah-olah tidak mengerti.

          "Kunci apa?"

          "Kunci bilik sayalah. Kunci apa lagi. Takkan lah kita nak duduk sebilik pulak," balas Haufa. Apa punya soalan lah mamat ni!

          "Hmm, sounds interesting. Apa salahnya kalau kita menginap satu bilik. Jimat duit sewa, kan?" Jawapan itu menyentakkan Haufa. Kedua-dua matanya terus mencerlung tajam ke arah Harith yang masih santai duduk.

          "Jangan nak cari pasal. Encik belum kenal saya ni macam mana."

          "Awak Haufa Aqira. Saya dah kenal."

          "But not the real me."

          "Oh ya? So..." Tiba-tiba Harith bangkit dari sofa. Berdiri betul-betul berhadapan Haufa. Kepala didekatkan di telinga gadis itu.

          "Give me a chance to know you. Deeply." Bisik Harith perlahan, penuh sensual.

          Namun Haufa tetap Haufa. Tidak akan pernah sesekali tergoda. Apatah lagi ianya hanyalah sekadar sebuah bisikan yang tidak akan mengundang rasa tergugat dalam hati.

          "Makin lama makin merepek." Tanpa mempedulikan senyuman penuh makna yang dipamerkan, Haufa terus merampas salah satu kunci di tangan Harith. Langkah terus diatur, meninggalkan pemuda itu bersendirian.

          "Jangan tidur lagi. Malam ni kita keluar!" Harith melaung kuat.

          "Tengoklah kalau rajin," gumam Haufa perlahan.

💌💌💌

KETUKAN pintu bilik yang bertalu mencetuskan dengusan di bibir Haufa. Tubuh baru saja nak berehat, ada aje gangguan! Tak perlu melaung untuk bertanya siapa gerangan di luar pun, sudah dia tahu jawapannya siapa. Penat siang tadi jalan-jalan beli baju pun belum hilang lagi. Inikan nak keluar lagi?

SATU KATA KUNANTI (TERBIT)Where stories live. Discover now