🌹🌹🌹
"SIAPA pula tu ?"
"Mana la aku tahu."
"Kau kan vampir, tengok la menembusi dinding."
Rose mendengus. Kang ada juga yang makan penyepak dia kejap lagi ni.
"Kau kan bunian. Apa kata kau je yang buat," sinis Rose.
"Aku bukannya ada kuasa."
"Dah tu kau ingat aku ni ada kuasa ke bengong."
Ding dong.
Sekali lagi mereka berdua terkejut. Rumah mereka mana pernah dikunjungi oleh orang sebelum ni. Jadi bila ada orang yang menekan loceng rumah, memang la mereka berdua terkejut.
Rasanya loceng tu pun gembira agaknya. Sebab sejak dipasang di rumah ni, inilah kali pertama loceng itu berbunyi.
Rose menjeling Liana yang seperti hendak tak hendak saja membuka pintu. Pantas Rose berjalan ke bawah. Sekelip mata saja kelibatnya hilang dari pandangan Liana.
"Aku datang sekali ni. Dengan berjalan. Tidak laju tapi tak juga lambat. Dengan normal." Liana membebel seorang diri. Seakan sebal dengan kelebihan Rose yang mampu berjalan laju.
Apabila kakinya sudah berpijak ke tingkat bawah, dia dapat melihat Rose terjengket-jengket di hadapan pintu. Ingin melihat gerangan seseorang yang menekan loceng rumah melalui lubang pintu.
Sebelum Rose disumpah menjadi budak pun, kakinya tak sampai hendak melihat menerusi lubang pintu, apatah lagi sekarang. Memang tak sampai la cerita dia.
Liana berdehem seketika.
"Rose," panggilnya. Wajah Liana kelihatan berlagak sekali. Dia bersandar pada tingkap yang agak berdekatan dengan pintu utama.
Rose menoleh.
"Apa dia bangang."
Langsir yang labuh hingga ke lantai itu diselak sedikit oleh Liana. Sekadar untuk melihat luar.
"Kerana itulah setiap rumah wujudnya tingkap. Untuk mengintai orang dari dalam... oh tidak Rose. Jururawat dari hospital kau tu yang datang rupanya."
Nada yang pada mulanya berlagak diakhiri dengan cemas. Wajah Liana juga sudah berubah riak.
"Jururawat ?"
"Iye kawanku. Aku kenal sebab setiap kali aku jumpa kau kat hospital, mesti dia yang datang sambut aku."
Rose menggenggam rambutnya. Dia tak boleh biarkan jururawat di tempat kerjanya itu melihat dia seperti ini. Nanti apa yang dia akan kata. Macam mana kalau dia sebarkan pasal dia disumpah ni pada satu hospital tu. Mesti diorang tak akan ada rasa gerun dengannya lagi.
Habislah reputasinya sebagai seorang doktor yang sentiasa digeruni oleh rakan sekerjanya.
Apa perlu buat ni. Apa kena buat ?
Fikir Rose, fikir.
Rose mengetuk-ngetuk dahinya.
Kedengaran keletuk keletuk bunyinya. Liana pelik. Diperbuat daripada apa kepala Rose ni. Jarinya yang panjang itu turut mengetuk-ngetuk dahi Rose.
"Apa kau buat ni ?"
Eh ?
Liana tersengih.
"Tolong kau keluarkan idea."
Sempat lagi si bunian ni buat lawak bodoh ya.
Ting !
Terasa idea muncul di otaknya. Adakah berkat dari ketukan Liana ?
YOU ARE READING
Sumpahan Untuk Rose Blossom
Fantasía"Hidup ni tak seperti yang kita harapkan." Huhh !! Rose berpaling. Memandang Liana dengan pandangan tidak puas hati. Terasa berasap telinganya mendengar ayat Liana. Ni bukan pasal dia berharap hidupnya begini atau begitu. Sangat bertentangan. Ni pas...